Kumpulan rock lagenda, Wings sah akan sertai Formula 1 Singapore Airlines Singapore Grand Prix 2022 dan bakal menghangatkan lagi sukan Formula 1 di Singapura pada 30 September bukan sebagai pelumba atau krew tetapi sebagai kumpulan rock yang dikenali terutama di serantau Asian.
Wings merupakan kumpulan rock pertama dari negara Southeast Asian yang akan akan mengadakan persembahan di Zone 4 Pentas Padang. F1 seperti biasa menjadikan lokasi Marina Bay Street Circuit sebagai litar perlumbaan yang dikenali dunia.

Diketuai oleh Awie yang juga penyanyi utama dan pelakon, Wings dikenali sebagi sebuah band ikonik yang buat kemunculan pada 1985 dengan album yang cukup terkenal, ‘Belenggu Irama’. Turut sertai, Sham (Guitar), Edrie (Guitar), Eddie (Bass) and Black (Drum) yang akan beraksi pada Jumaat, 30 September antara sesi latihan Formula 1.
Seterusnya Wings terus memeriahkan zaman rock dengan lagu-lagu hit malar segar seperti Sejati, Misteri Mimpi syakilla dan lagu ‘berhantu’ ciptaan Eddie dan ditulis oleh Bob Lokman, Taman Rasyidah Utama. Wings mencatat rekod dengan menerbitkan sebelas album studio dan beberapa lagi album kompilasi dan langsung dengan mencecah dua juta rekod.
Formula 1 Singapore Airlines Singapore Grand Prix 2022 turut memanggil beberapa penyanyi seperti Marshmello, Westlife, Green Day, Black Eyed Peas, Suede, The Kid LAROI, and TLC.
Sumber: Tarmac Sports
Comments
Advertisement