Tahukah anda sebelum perlawanan akhir Piala Dunia 1938, perdana menteri Italy ketika itu iaitu Benito Mussolini ada mengirimkan kata-kata semangat kepada pasukan berbentuk “Vincere o morire!” yang bermaksud kemenangan ataupun maut.

Kebetulan pula pada tahun yang sama menyaksikan Italy berjaya menjulang Piala Dunia buat dua kali berturut-turut. Mungkin juga kata-kata semangat daripada perdana menteri mereka sungguh menggentarkan serta membuatkan azam skuad Italy semakin membuak-buak.

Advertisement

Mungkin juga skuad Italy kenal akan sikap perdana menteri mereka yang turut digeruni oleh pemimpin-pemimpin lain di Eropah.

Walau bagaimanapun, tiada bukti yang kukuh telegram seumpama itu pernah dihantar oleh Mussolini kepada skuad kebangsaan Italy. Malah pemain Italy ketika itu, Pietro Rava turut menafikan khabar angin tersebut dengan menyatakan Mussolini hanya memberikan kata-kata perangsang kepada pasukan.

Bagi rekod untuk kejohanan Piala Eropah UEFA pula, mereka berjaya mendakap trofi kejuaraan ketika kali pertama layak ke kejohanan tersebut. Lebih manis lagi mereka menenangi Piala Eropah UEFA 1968 sebagai tuan rumah.

Ianya menjadi satu-satunya Piala Eropah UEFA yang berjaya dimenangi oleh Italy sepanjang zaman. Mereka juga pernah hampir-hampir memenangi piala tersebut pada tahun 2000 dan 2012 tetapi terpaksa berpuas hati sebagai naib johan sahaja.

Comments