Baru-baru ini perenang dari Brazil telah mencipta kejutan dalam 10th World Swimming Championships.
Nicholas Santos yang sudah berumur 42 tahun berjaya mendapatkan pingat emas dalam acara 50 meter kuak kupu-kupu.
Apa yang paling memeranjat sekali, ini merupakan kejohanan terakhir yang disertai oleh Nicholas Santos.
Ini kerana beliau akan terus bersara dan mendakap emas dalam satu masa yang sama.
Tambahan lagi, beliau hampir sahaja memecahkan rekod dunia kerana masa yang dicatatkan sangat tipis iaitu sekitar 0.03 saat.
Jadi boleh dikatakan Nicholas Santos adalah The Real Goat. Sebab tak ramai atlet yang masih mampu bersaing di peringkat tertinggi ketika usia sudah lanjut.
Banyak diantara mereka yang cedera, bersara awal dan bermain dalam kejohanan kecil sahaja.
Apa-apapun tahniah kepada Nicholas Santos kerana berjaya menjelang pingat emas ketika berumur sudah mencapai 42 tahun.
Kita boleh ke sampai ke tahap begitu?