Ubi Johor Bakal Menggegarkan Arena Bola Sepak Negara

Sejak bertahun-tahun, anak Johor seringkali dituduh sebagai kaki bangku hanya kerana tindakan JDT mengaut begitu banyak anak jati negeri lain untuk bermain di ACL.

Hal ini ditambah lagi jika JDT tewas besar ataupun seri kepada pasukan bawahan. Terus ramai yang cakap, JDT hanya mengharapkan pemain dari negeri lain kerana anak jati mereka kaki bangku.

Advertisement

Walau bagaimanapun situasi itu telah berubah apabila ubi-ubi Johor mula menunjukkan taringnya. Bermula dengan kejayaan menjulang trofi Piala Presiden, ubi Johor terus buktikan mereka mampu bermain bola seperti skuad utama JDT.

Dalam kejohanan Majlis Sekolah Sukan Malaysia 2022 (MSSM), ubi Johor hampir-hampir sahaja mendominasi pertandingan dalam setiap peringkat. Bermula dengan skuad B12, ubi Johor berjaya menundukkan pasukan MSSM Perlis dengan jaringan tipis 2-1 lantas menjadi juara.

Bagi skuad B15, ubi Johor berjaya meraih tempat ketiga setelah mengayam-ayamkan MSSM Pahang dengan kemenangan besar 5-0. Skuad B17 pula tewas menewaskan ubi Selangor yang dicanang-canang sebagai pembekal pemain muda buat Malaysia melalui sepakan penalti. Maka ubi Johor B17 telah menjadi juara.

Apa yang dicapai oleh ubi Johor ini merupakan satu hal begitu memeranjatkan kerana orang Johor tak pandai main bola katanya. Tapi sekarang ubi Johor dah menang Piala Presiden, MSSM B12, MSSM B17 dan tempat ketiga MSSM 15. Relevan lagikah kita menyatakan bahawa anak Johor ini semua kaki bangku?

Kalau JDT dan JDT II berjaya memenangi Liga Super serta Liga Perdana, maka dengan jelasnya kita boleh gelarkan JDT sebagai raja bola sepak yang baru. Mungkin pasukan lain boleh mencontohi JDT dengan mempamerkan konsistensi bermula daripada junior sehingga ke senior. Jangan pula hanya tahu sembang ubi dan anak jati tapi di Liga Super kena bantai.

Jadi, apa yang digapai oleh JDT boleh dikatakan sangat mengkagumkan dan dapat menutup mulut semua pengkritik. Maka dengan ini benarlah sebenarnya, ubi Johor pandai main bola cuma baru sekarang mereka tampilkan potensi. Kepada pasukan lain, sila berhati-hati kerana mungkin lepas ini anda isi masa lapang sahaja.

Comments