TSG Dan TSC Menjadi Wakil Malaysia Di LTdL 2022

Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) dan Team Sapura Cycling (TSC) menjadi dua pasukan akan menjadi pasukan yang bakal mewakili Malaysia dalam Le Tour De Langkawi (LTdL) selain skuad kebangsaan.

Paling menarik sekali adalah LTdL akan disertai oleh 6 pasukan bertaraf dunia seperti UAE Team Emirates from the United Arab Emirates (UAE), Cofidis (France), Lotto Soudal (Belgium), EF Education- EasyPost (United States), Movistar (Spain) dan Astana-Qazaqstan (Qazaqstan).

Advertisement

5 daripada pasukan tersebut akan membuat penampilan sulung kerana belum pernah beraksi dalam mana-mana penganjuran LTdL.

Selain itu pasukan dari beberapa negara seperti Australia, China, Afrika Selatan, Kuwait, Indonesia dan Thailand turut mengesahkan penyertaan mereka.

Hal ini sekali menjadikan saingan LTdL pada 2022 semakin sengit dan menarik. Secara tidak langsung, saingan kali ini akan memberikan banyak manfaat kepada pasukan yang berasal daripada Malaysia.

LTdL yang berlangsung pada 11 hingga 18 Oktober akan bermula dengan Peringkat 1 dari Kuala Pilah ke Kuala Lumpur untuk jarak 157.3km; Peringkat 2 Kuala Klawang-Raub (178.9km); Peringkat 3 Putrajaya-Genting Highlands (123.7km); Peringkat 4 Sabak Bernam-Meru Raya (137.9km); Peringkat 5 Kuala Kangsar-Kulim (172.0km); Peringkat 6 Georgetown-Alor Setar (120.8km); Peringkat 7 Kuah-Gunung Raya (90.8km) dan Peringkat 8 Gelung Langkawi (115.9km).

Comments