Tiki-Taka: Taktikal Bola Sepak Yang Mengkagumkan Dunia

Tiki taka merupakan satu taktikal bola sepak yang mempunyai nilai kejayaan yang tersendiri. Tahukah anda, Tiki Taka telah dicipta jauh lebih lama sebelum era Pep di Barcelona?

Asas kepada Tiki Taka adalah taktikal yang diilhamkan oleh Johan Cryuff semasa beliau menjadi pengurus pasukan barcelona pada awal 90an. Taktikal itu diberikan gelaran “Total Football “.

Advertisement

Pep Guardiola mencetuskan fenomena apabila berjaya menambah baik taktikal “Total Football“ ke taktikal Tiki Taka. Taktikal ini telah diserapkan ke pasukan Barcelona. Hasilnya, Barcelona berjaya menjulang enam kejuaraan dalam masa satu tahun sahaja.

Selain itu, pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol juga berjaya menjadi juara Eropah dan juga juara dunia apabila menerapkan falsafah tiki taka ini.

Tiki taka juga dianggap sebagai salah satu taktikal terbaik sepanjang zaman kerana taktikal ini sukar dipatahkan lawan kerana mengamalkan penguasaan bola yang amat tinggi.

Walau bagaimanapun, era penguasaan tiki-taka keatas arena bola sepak dunia tamat juga akhirnya. Ini kerana sudah banyak pasukan yang tahu cara-cara untuk mengatasi tiki-taka.

Antara adalah dengan melakukan hantaran jauh dan menyerang secara counter attack. Ada juha pasukan yang menggunakan taktikal gegenpressing untuk meneutralkan tiki-taka.

Caranya adalah pemain akan membuat pressing ke atas pemain lain hingga menyebabkan kesilapan berlaku ataupun bola terpaksa dihantar ke belakang kembali.

Jadi hari ini, sesebuah pasukan ataupun kelab itu perlu bermain dengan banyak taktikal untuk kekal bersaing.

Comments