Apabila berbicara mengenai sukai tradisi yang popular, pasti di benak fikiran kita nama sepak takraw akan terlintas.

Ya sepak takraw adalah satu revolusi daripada sepak raga bulatan dan telah menjadi sukan moden yang agak terkenal di rantau Asia Tenggara.

Advertisement

Berikut adalah tiga sukan tradisi negara lain yang popular di seantero dunia.

 

1. Sumo

sumo

Sumo merupakan sukan tradisional milik Jepun yang sangat popular di seluruh dunia.

Sumo dikatakan berakar umbi dari zaman Heian dan dijadikan sebagai ritual kepada dewa Shinto.

Ahli gusti Sumo profesional pertama dunia telah muncul ketika zaman Edo iaitu dari tahun 1603 hingga 1868.

Sukan ini melibatkan dua orang lelaki berbadan besar yang saling berlawan dengan salah seorang perlu dijatuhkan ke atas tanah.

Kemasyhurannya membuatkan Sumo menjadi satu daya tarikan tatkala pelancong dari seluruh dunia pergi ke negara matahari terbit itu.

Kebiasaannya sesi latihan dan pertandingan Sumo akan dipenuh oleh para pelancong untuk melihat sukan tersebut secara dekat.

Malah, jumlah tonton boleh mencapai angka tertinggi dalam satu-satu masa ditambah dengan kehadiran pelancong.

Jadi rugilah jika anda berkunjung ke Jepun dengan hanya menikmati shinkansen tanpa melayan perlawanan Sumo.

 

2. Muay Thai

muay thai

Jika anda adalah seorang pencinta seni mempertahankan diri, anda pasti akan mengenali Muay Thai yang berakar umbi di negara Thailand.

Buat pengetahuan anda, seni mempertahankan diri ini diambil berdasarkan taktik perperangan Siam purba.

Bermula dari situ, ianya berkembang menjadi Krabi Krabong iaitu teknik permainan senjata tentera Thai untuk mempertahankan negara daripada serangan jiran tetangga seperti Burma.

Hari ini, Muay Thai telah dijadikan sebagai sukan kebangsaan Thailand bahkan menjadi daya penarik kepada pelancong ketika mengunjungi negara gajah perang itu.

Muay Thai yang dikenali sebagai tomoi sangat masyhur di Malaysia dan banyak diamalkan di negeri-negeri Pantai Timur Malaysia.

 

3. Australian Rules Football

australian football rules

Mungkin anda semua biasa mendengar tentang American Football yang merupakan gabungan permainan bola sepak dan ragbi.

Pasti anda agak jarang mendengar perihal Australian Rules Football atau dikenali sebagai Aussie Rules.

Ianya merupakan sukan yang sangat popular di Australia malah mampu membuat bola sepak di sana kurang mendapat sambutan.

Sukan dimainkan di sebuah padang berbentuk lonjong yang memiliki saiz sama dengan padang kriket dan dimainkan oleh 36 orang pemain.

#iSportsAsia

Oleh: Azmil Azali

Sumber:

Rol Cruise. (2019, Jun 21). Cultural and traditional sports around the world. Dipetik daripada https://www.rolcruise.co.uk/…/cultural-and-traditional…

Comments