Esukan dan persepsi negatif daripada ibu bapa ataupun keluarga sendiri bukan satu perkara yang mengejutkan. Mempunyai persepsi yang negatif terhadap esukan adalah stigma masyarakat masa kini.
Walau bagaimanapun stigma ini berlaku kerana kurangnya pendedahan tentang esukan terhadap golongan generasi X.
Terdapat beberapa perkara penting yang harus diberi perhatian oleh ibu bapa jika anak mereka telah pun mula menunjukkan minat terhadap industri esukan ini.
Perkara paling asas yang boleh dilakukan oleh ibu bapa adalah membuat peraturan tersendiri.
Contohnya jika anak-anak ingin membuat latihan esukan, beri had sekitar dua jam untuk setiap sesi dan diselangi oleh aktiviti pembelajaran ataupun rekrasi.
Seterusnya, ibu bapa mungkin dapat mendidik anak-anak mereka yang terlibat dalam esukan ini untuk mencari pendapatan sampingan.
Nilai hasil dalam industri esukan bukan suatu nilai yang kecil, jadi tidak mustahil jika ibu bapa memberi dorongan dan sokongan sudah pasti anak-anak akan lebih mudah untuk menjana pendapatan sendiri.
Selain itu, dunia esukan ini terkenal sebagai salah satu komuniti yang toksik dimana kadang kala percakapan anak-anak ini tidak terbatas.
Hal ini disebabkan oleh ibu bapa kurang mengawasi apa yang dilakukan oleh anak-anak mereka.
Perkara toksik dalam kalangan komuniti ini dapat dibendung sebenarnya bermula daripada rumah dan perkara yang lebih merbahaya seperti boleh menjejaskan kesihatan mental juga dapat dibendung.
Tiga perkara ringkas ini secara amnya masyarakat sudah pasti tidak akan nampak kesan yang segera, tetapi impak pada industri esukan ini sendiri pastinya amat besar. Tidak mustahil atlet esukan kebangsaan akan lahir dari sistem mudah ini.
#iSportsAsia
Oleh: AmTuah