Tiada Rezeki Buat Hariff Saleh Di Peringkat Keempat LTdL 2022

Sebelum ini nama Hariff Saleh dicanang-canang sebagai pencabar utama bagi pusingan keempat yang melibatkan laluan Sabak Bernam – Meru Raya.

Dalam temubual selepas perlumbaan, Hariff Saleh berkata beliau berada dalam kondisi yang terbaik untuk mencabar perlumbaan.

Advertisement

Ketika Hariff Saleh telah memulakan pecutan untuk mengejar barisan hadapan pada 10 km terakhir, satu kemalangan kecil melibatkan pelumba lain telah berlaku. Hal itu membuatkan momentum beliau sedikit terganggu kerana kemalangan berlaku dalam 2 km sebelum garisan penamat.

Selepas itu, Hariff Saleh cuba mengejar kembali barisan hadapan dan ternyata tidak mampu mencabar lagi. Menurut Hariff Saleh, beliau telah lakukan yang terbaik seperti mana dirancang. Namun rezeki masih belum memihak kepada beliau untuk mengulangi pencapaian di LTdL 2020.

Sementara itu, gelaran juara telah menjadi miliki Jakub Mareczko daripada pasukan Alpecin-Deceuninck dan diikuti dengan Rudiger Selig (Lotto Soudal) di posisi naib juara. Tempat ketiga dimenangi oleh Eduard-Michael Grosu daripada Drone Hopper – Androni Giocattoli.

Kategori-kategori lain pula menyaksikan Ivan Ramiro Sosa dari Team Movistar berjaya mempertahankan jersi kuning buat dua kali berturut.

Apa yang paling menarik adalah persaingan mendapatkan jersi putih antara Andery Zeits (Astana Qazaqstan Team) dan Jambaljamts Sainbayar (TSG). Andery Zeits berjaya mempertahankan jersi putih dengan perbezaan yang begitu tipis iaitu 0.01 saat sahaja.

Jersi kuning pula masih lagi menjadi milik Gleb Syritsa selaku raja pecut untuk empat kali berturut-turut. Manakala, jersi merah pula masih lagi kekal milik Aiman Zariff dari TSG kerana tiada poin untuk laluan berbukit yang perlu dikutip dalam perlumbaan peringkat keempat.

Burgos-BH berjaya menjadi pasukan terbaik dan Thailand National Team buat kejutan sebagai pasukan Asia terbaik untuk peringkat keempat.

Secara keseluruhannya, Team Movistar masih mengekalkan takhta pasukan terbaik LTdL 2022. TSG juga masih lagi merupakan pasukan Asia terbaik dalam LTdL sambil diikuti rapat oleh Thailand Continental Cycling Team.

Perlumbaan peringkat kelima esok akan melibatkan laluan Kuala Kangsar – Kulim sejauh 173km. Diharap pelumba negara dapat lakukan yang terbaik pada perlumbaan yang seterusnya.

Comments