Thailand Ajar Harimau Malaya Apa Itu Bola Sepak Sebenar

Sebentar tadi telah berlangsungnya perlawanan kedua peringkat kumpulan Piala Asia B23 diantara Malaysia menentang Thailand. Aksi kali ini diharapkan mampu menjadi titik kebangkitan buat skuad negara tetapi lain pula yang jadi.

Malaysia telah diayam-ayamkan oleh Thailand dengan jaringan mudah tiga berbalas telur pindang. Para pemain skuad negara pula kelihatan agak kering idea untuk memecahkan dominasi Thailand. Apa yang mereka buat adalah pump bola di atas sambil mengharap Lord Luqman buat keajaiban.

Advertisement

Barisan tengah Malaysia juga tidak berfungsi kerana kurang membuat hantaran lolos kepada pemain sayap dan penyerang. Apa yang boleh dibanggakan adalah aksi penjaga gol tinggi lampai iaitu Rahadiazli Rahalim yang melakukan aksi menyelamat. Jika tiada pasti Malaysia akan jadi lauk yang sangat lazat buat Thailand.

Walau bagaimanapun, kekalahan ini bukanlah kejutan kerana sejak awal-awal lagi sudah kelihatan ada sesuatu yang tidak kena dengan skuad muda dengan negara. Bermula dengan call-up yang agak meragukan ketika temasya Sukan Sea. Alasannya adalah banyak kelab tidak membenarkan pemain muda mereka sertai Sukan Sea kerana berada di luar kalendar FIFA.

Aksi Sukan Sea dikatakan sebagai pemanas badan kepada skuad B23 negara untuk membentuk skuad mantap bagi kejohanan Piala Asia. Masalahnya para pemain mempamerkan permainan yang kurang memuaskan hati. Malah lawan Kemboja pun tak boleh makan.

Tamat aksi di Sukan Sea, skuad muda negara hanya mampu mencapai tempat keempat sahaja setelah tewas kepada Indonesia dalam penentuan sepakan penalti.

Selepas itu, skuad muda negara mulai fokus untuk Piala Asia B23 dan Brad Maloney tidak menolak kemungkinan untuk memanggil pemain lain seperti Ramadhan Saifullah, Shahrul Nazeem, A Selvan, Hong Wan dan Hakimi Abdullah untuk tambahkan sengat tetapi beliau tetap yakin dengan skuad Sukan Sea.

Katanya, kesemua pemain sudah serasi bersama dan skuad negara tidak memerlukan muka baru. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara tiba-tiba mengubah sasaran daripada separuh akhir kepada sekadar timba pengalaman sahaja.

Pengakhirannya, Malaysia diajar cara main dengan betul oleh Korea Selatan dan Thailand. Dua penyerang yang beraksi di luar negara iaitu Lord Luqman dan Lord Hadi pula gagal jaringkan gol.

Comments