Sepak takraw merupakan salah satu sukan dimana Malaysia merupakan kuasa besar. Seteru utama Malaysia iaitu negara gajah putih, Thailand telah berleluasa begitu lama.

Thailand sering kali menjadi batu penghalang untuk pasukan kebangsaan bergelar juara ataupun meraih pingat emas.

Advertisement

Sepak takraw mempunyai ramai pemain berbakat cuma kurang platform untuk mereka mempamerkan potensi mereka.

Sudah semestinya pemain-pemain ini mempunyai asas yang kukuh dalam sukan itu. Ramai berpendapat bahawa teknik asas sepak takraw adalah sekadar menimbang bola sahaja.

Namun begitu, tahukah anda bahawasanya sukan tersebut lebih dari itu. Terdapat beberapa teknik asas yang harus dikuasai untuk menjadi pemain sepak takraw.

Antara teknik tersebut adalah sepak sila. Sepak sila merupakan sepakan yang paling asas. Sepakan sila digunakan untuk lambungkan bola ke udara.

Sepak kuda pula adalah sepakan yang menggunakan kekura kaki yang bertujuan untuk menyelamatkan serangan pihak lawan. Teknik ini biasa digunakan untuk menyelamatkan bola paras rendah.

Menapak pula adalah satu teknik yang boleh digunakan semasa melakukan serangan ataupun ketika sedang bertahan.

Ketika menyerang selalunya pemain akan menggunakan teknik menapak ini untuk melalukan serangan yang sukar dijangka.

Selain itu, teknik menapak ini juga digunakan untuk menghalang serangan yang berdekatan dengan net.

Teknik mendada, membahu dan juga menanduk juga diklafikasikan sebagai teknik asas. Hal ini demikian kerana teknik ini akan membantu pemain untuk membina serangan dan juga bertahan.

Apa yang telah disebutkan sebentar tadi adalah asas dalam permainan ataupun sukan sepak takraw.

Bukan mudah untuk mahirkan diri dalam teknik asas takraw jika anda seperti sekadar melepaskan batu ditangga sahaja.

#iSportsAsia

Oleh: AmTuah

Comments