Umum sudah mengetahui bahawa kejohanan Piala Malaysia telah dibatalkan.
Selain itu, kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim juga terpaksa menarik diri daripada saingan ACL setelah Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak membenarkan pintu sempadan dibuka untuk aktiviti keluar masuk negara, walaupun untuk mewakili negara dalam apa jua bidang.
Biarpun terpaksa berhadapan dengan denda dari pihak AFC, JDT masih juga terpaksa akur dengan keputusan MKN.
Buat pengetahuan semua pasukan profesional PUBG Mobile Malaysia, Team Secret MY telah berjaya menempatkan diri dalam kejohanan dunia.
Kejohanan dunia PUBG Mobile Global Championship merupakan kejohanan terbesar peringkat dunia untuk mencari juara.
Walaupun tidak berjaya meloloskan diri semasa peringkat kelayakan, namun ternyata tuah menyebelahi pasukan negara itu apabila penganjur mengumumkan untuk menambah slot pasukan dan telah menjemput pasukan Team Secret ke Kejohanan Dunia PUBG Mobile itu nanti.
Secara tidak langsung untuk pasukan beraksi di asia tenggara, terdapat tiga negara yang akan ke kejohanan dunia iaitu Malaysia, Indonesia dan juga Thailand.
Mereka akan menyertai pasukan pasukan dari benua Amerika dan juga dari negara China.
Cuma yang menjadi persoalan adakah pasukan negara ini dapat menyertai kejohanan dunia ini kerana kejohanan ini dijadualkan akan berlansung secara offline, sekaligus mewajibkan setiap pasukan perlu pergi ke negara penganjur.
Dengan SOP ketat daripada MKN, menjadikan kes JDT dan juga Piala Malaysia yang terpaksa dibatalkan, berkemungkinan besar pasukan Team Secret MY mungkin terpaksa membatalkan penyertaan mereka.
Mungkin juga mereka boleh mendapat perlepasan khas kerana e-sports bukan sukan yang mempunyai banyak sentuhan fizikal.
Semoga semua urusan dipermudahkan untuk pasukan negara supaya dapat menjulang nama negara dalam peringkat antarabangsa.
Oleh: AmTuah