Bila disebut berkaitan dengan esukan, kebanyakkan orang hanya memikirkan yang esukan ni hanya bermain permainan video semata-semata.

Namun sebenarnya esukan jauh lebih besar daripada itu. Daripada esukan boleh lahirnya satu organisasi yang akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

Advertisement

Baru-baru ini, pasukan esukan FIFA tersohor tanah air baharu saja mengumumkan kerjasama antara Team Haq dan juga Kaki Jersi.

Seperti umum mengetahui, Team Haq adalah pasukan esukan di Malaysia yang banyak bertanding dalam peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.

Antara pencapaian pasukan Team Haq adalah bertanding dalam kejohanan ePiala Malaysia anjuran oleh Malaysia Football League (MFL) dan juga EA Sports.

Ismirza yang juga mewakili Selanfor FC berjaya menempatkan diri sehingga ke peringkat Suku Akhir kejohanan tersebut.

Selain itu, AmTuah yang merupakan lagenda FIFA negara juga merupakan salah seorang pemain yang bernaung di bawah Team Haq.

Tidak boleh dinafikan bahawa kejayaan kejayaan AmTuah pada peringkat antarabangsa akan memberikan 1001 penambahan kepada pakan Team Haq.

Maka tidak hairan apabila Kaki Jersi yang sebelum ini agak terkenal dengan rekaan jersi yang moden dan menarik dalam industri sukan bola sepak tidak teragak agak untuk menjalinkan kerjasama dengan Team Haq.

Hasil kerjasama antara Team Haq dan juga Kaki Jersi, Kaki Jersi akan menyediakan jersi rasmi pasukan, pakaian latihan dan juga pakaian-pakain sukan yang bersesuaian untuk pasukan Team Haq.

Kerjasama ini sudah pasti akan membuka mata banyak pihak bahawa esukan ini bukan sesuatu yang kecil.

#iSportsAsia

Oleh: AmTuah

Comments