Sejak zaman berzaman, Malaysia sangat dikenali dengan corak permainan hantaran jauh ataupun dikenal sebagai long ball bodoh melalui formasi 4-4-3.
Corak permainan ini mudah sahaja, pemain pertahanan dan pemain tengah bertahan akan membuat hantaran jauh kepada penyerang di hadapan. Apabila dapat sahaja hantaran itu, para penyerang perlu menggunakan kekuatan fizikal dan kemahiran gelecekan untuk menjaringkan gol.
Nampak mudah tapi taktikal ini akan memakan diri jika menentang pasukan-pasukan gergasi. Buktinya, Malaysia hanya jadi badut yang diketawakan tanpa belas kasihan di hadapan UAE.
Setelah berpuluh kali pertukaran jurulatih melibatkan tempatan dan import terjadi, pelantikan Tan Cheng Hoe seseolah memberikan sinar di hujung terowong bawah laut.
Walau bagaimanapun sebaik sahaja Tan Cheng Hoe mengambilalih tugas jurulatih daripada The Professor Nelo Vingada, kekalahan masih lagi tidak dapat dielakkan. Malaysia tewas tipis 2-1 kepada Lubnan dalam perlawanan terakhir kelayakan Piala Asia.
Selepas itu, Tan Cheng Hoe mula membina kembali Harimau Malaya dengan menerapkan corak permainan free flowing football. Pada awalnya, Tan Cheng Hoe agak bergelut untuk mendapatkan pemain yang serasi dengan taktikal. Malah setiap kali perlawanan persahabatan, set pemain berbeza akan digunakan oleh beliau.
Menjelang Piala AFF Suzuki 2018, gambaran mengenai pemain yang akan menjadi backbone kepada Malaysia semakin jelas. Hasilnya, Malaysia semakin jauh meninggalkan long ball bodoh melalui gol Syahmi Safari yang dimainkan dengan hantaran satu-dua.
Namun, pertukaran corak permainan masih lagi gagal membantu Malaysia menjulang Piala AFF Suzuki buat kali kedua. Apa yang boleh dibanggakan adalah corak permainan Malaysia semakin menunjukkan kematangan dan jika kena dengan set pemain yang sesuai, pasti kemenangan dalam genggaman.
Kemuncaknya adalah pada saingan kelayakan Piala Dunia 2022, Malaysia berjaya menunjukkan jaringnya sebenarnya. Dengan menggunakan pemain JDT dan Pahang sebagai backbone, Malaysia berjaya memperkotak-katikkan Indonesia serta mengayamkan Thailand.
Paling mengejutkan adalah Malaysia berjaya memaksa pasukan daripada Timur Tengah iaitu UAE terpaksa berhempas-pulas hanya untuk menang tipis sahaja.
Langit tak selalunya cerah, tanda-tanda Tan Cheng Hoe berada dalam zaman kegelapan muncul apabila kelayakan Piala Dunia 2022. Dengan majorit set pemain yang sama, Malaysia seseolah buntu untuk mendapatkan gol padang tetapi masih lagi mengekalkan corak permainan free flowing football.
Oleh sebab itu, Malaysia hanya mampu mendapat tempat ketiga dengan perbezaan lima mata dengan pasukan di tangga kedua.
Semuanya nampak seseolah iluminati telah merancang ketika memasuki saingan Piala AFF Suzuki 2020. Set pemain yang dibawa juga menunjukkan backbone ketika kelayakan Piala Dunia 2022 tidak dipanggil. Malah ramai pemain simpanan dan off form dipanggil bagi memperkuatkan cabaran negara.
Paling kelakar sekali, Tan Cheng Hoe hanya membawa 24 orang pemain sambil dibantu berbelas-belas pegawai seperti bermain futsal di Batang Berjuntai dengan target ingin ke final. Pengakhirannya, Malaysia telah diayam-ayamkan oleh Vietnam dan Indonesia dengan jumlah jaringan luar biasa.
Apa-apapun, terima kasih kepada Tan Cheng Hoe kerana berjaya mengubah corak permainan negara daripada long ball bodoh kepada free flowing football.
Tan Cheng Hoe membuktikan Malaysia mampu bermain hantaran pendek walaupun hanya seketika sahaja.