Jika disebut tentang bola sepak, ada dua perkara utama yang akan menjadi perhatian peminat peminat.
Keputusan perlawanan dan juga taktikal bola sepak itu sendiri.
Taktikal bola sepak moden yang bermula sekitar awal tahun 2000 sebenarnya mula digambarkan sebagai keindahan ataupun kecantikkan yang wujud dalam dunia bola sepak.
Pergerakan bola yang lancar, posisi pemain yang berada di tempat yang betul pada masa yang tepat, cara pasukan bertahan sebenarnya lebih indah jika dibandingkan dengan kemahiran tinggi seseorang pemain.
Namun, keindahan bola sepak ini sering dicemari dengan beberapa taktik kotor demi memastikan pasukan mereka beroleh kemenangan.
Taktik taktik kotor ini sudah menjadi lumrah dalam dunia bola sepak, bahkan agak sukar untuk membendung walaupun pada ketika ini sudah diwujudkan sistem VAR yang dimana boleh mencari kesalahan pemain.
Antara taktik kotor yang sering dipratikkan adalah menarik baju lawan.
Mengikut pada undang undang FIFA, kesalahan menarik baju lawan adalah kesalahan yang boleh dikenakan hukuman kad kuning ataupun kad merah pada situasi tertentu.
Aksi tarik menarik bahu ini biasanya berlaku ketika pemain lawan sudah melepasi pemain pertahanan lawan, maka pemain pertahanan itu hanya boleh menarik baju untuk memggagalkan serangan tersebut.
Kadang kala ada pengadil yang kurang gemar memberikan kad jika kesalahan ini berlaku kerana beranggapan itu cuma kesalahan kecil, cukup dikenakan amaran lisan sahaja.
Selain itu,simulasi ataupun lakonan yang dibuat untuk memberi kelebihan kepada pasukan masing masing juga merupakan satu taktik kotor yang boleh kita lihat pada semua perlawanan bola sepak pada era moden ini.
Banyak nama besar yang dikaitkan dengan aksi simulasi atas padang ini. Antara aksi simulasi yang sering kali berlaku adalah simulasi jatuh untuk mendapatkan sepakan percuma ataupun penalti.
Kesalahan simulasi ini akan boleh menyebabkan pemain diberikan kad kuning.
Tambahan pula, simulasi seolah-olah sedang mengalami kecederaan teruk juga berlaku semata semata untuk pemain lawan dikenakan hukuman.
Akhir sekali adalah taktik menggunakan kekerasan yang sepatutnya sudah lama ditinggalkan.
Taktik ini banyak berlaku dan ini antara sebab yang boleh berlakunya kecederaan kepada pemain lain.
Kekerasan yang melampau seperti menggunakan siku, lutut ataupun tapak kaki adalah sangat tidak dibenarkan.
Ini adalah beberapa taktik kotor yang masih berlaku dan sudah pasti FIFA akan menggubal ataupun menaik taraf sistem pengadil untuk memastikan supaya semua taktik ini sudah tidak menjadi tradisi dalam sukan bola sepak.
Oleh: AmTuah