Syihan Azmi: Permata Baru Penjaga Gawang Negara

Sebelum ini, Malaysia terlalu bergantung kepada penjaga gol senior seperti Farizal Marlias dan Khairul Azhan. Bukan nak menafikan jasa mereka tetapi pergantungan ini membuatkan kita ketandusan penjaga gol baru. Di tambah lagi, prestasi penjaga gol senior semakin menurun.

Kehadiran Syihan Azmi dalam skuad kelayakan Piala Asia yang lalu membuatkan Malaysia memiliki pilihan baru. Ketika pertama kali diturunkan dalam perlawanan menentang Bangladesh, Syihan Azmi telah menunjukkan taringnya biarpun bolos satu gol.

Advertisement

Dalam perlawanan menentang Thailand malam tadi, Syihan Azmi mempamerkan aksi penyelamat yang sangat memukau. Tiga serangan Thailand yang 100% boleh gol berjaya ditepis dengan cemerlang. Tapi pada minit akhir perlawanan, Syihan Azmi bolos juga akhirnya.

Memasuki penentuan sepakan penalti, Syihan Azmi menunjukkan magisnya sekali lagi. Beliau berjaya menepis sepakan keempat pemain Thailand lantas memberikan keyakinan kepada Corbin Ong untuk melengkapkan penalti kelima. Hasilnya Syihan Azmi dan Corbin Ong berjaya membawa Malaysia layak ke final King’s Cup menentang Tajikistan.

Sebelum berada pada tahap sekarang, karier Syihan Azmi pernah hampir musnah suatu ketika dahulu. Semua bermula apabila Syihan Azmi gagal ujian doping ketika menyertai kejohanan B-23 AFC 2018.

Syihan Azmi didapati positif metabolite methandienone iaitu sejenis bahan larangan dalam senarai Agensi Anti-Doping Dunia (WADA). Setelah sampel kedua diambil, keputusan masih lagi positif.

Dengan itu, Syihan Azmi telah digantung selama 20 bulan kerana melanggar Artikel 6 Peraturan Anti-Doping AFC. Secara tak langsung kontraknya bersama Negeri Sembilan telah ditamatkan serta merta.

Setelah tamat sahaja pergantungan, Syihan Azmi kembali ke arena bola sepak profesional dengan beraksi bersama PJ City. Setahun selepas bersama PJ City, Syihan Azmi telah berpindah ke Negeri Sembilan FC bagi mendapatkan minit permainan lebih banyak.

Tindakan itu berbaloi kerana Syihan Azmi mula menjadi penjaga gol utama Negeri Sembilan. Ekoran aksi mantapnya bersama Negeri Sembilan, Syihan Azmi dinamakan sebagai salah satu anggota skuad kelayakan Piala Asia.

Kemuncaknya, Syihan Azmi berjaya merampas tempat Farizal Marlias sebagai penjaga gol utama Malaysia.

Apa-apa kepada Syihan Azmil kalau nampak limosin depan rumah, maka Welcome to ….

Comments