Sri Pahang FC Setaraf Dengan Kawasaki Frontale

Malam tadi telah berlangsung perlawanan terakhir Liga Super antara JDT menentang Pahang sebelum berehat selama sebulan untuk memberikan ruang kepada persiapan skuad kebangsaan bagi saingan kelayakan Piala Asia.

Semuanya tampak seseolah milik JDT apabila Sri Pahang mengumumkan bahawa mereka akan menghantar pasukan adik-adik dalam perlawanan ini kerana pemain utama dilanda krisis kecederaan. Namun beberapa kelibat pemain utama seperti Mamadou Samasa, Manuel Hidalgo dan Azam Azih.

Advertisement

Bagi JDT, mereka masih lagi menurunkan skuad terkuat dibiarpun tanpa kehadiran Naxto Insa, Leandro Velaquez dan Shane Lowry. Masuk sahaja perlawanan, JDT terus melancarkan serangan bertali arus ke arah gawang Pahang sehinggalah dapat menjaringkan gol pembukaan.

Pahang yang sesekali melakukan counter attack berjaya mendapatkan dua gol jaring pantas lantas memberikan kejutan kepada barisan bintang JDT. Bagi mengelakkan kekalahan yang memalukan JDT telah melakukan asakan berterusan sehinggalah sepakan penalti diberikan kerana Bergson dikasari pertahanan Sri Pahang.

Tamat perlawanan kedua-dua pasukan terpaksa akur dengan hanya berkongsi satu mata sahaja. Biarpun begitu, Sri Pahang berjaya menjadi pasukan Malaysia pertama yang bikin JDT cemas dan mampu menjaringkan lebih daripada 1 gol.

Positifnya adalah JDT berjaya mendapatkan lawan yang mampu memberikan tentangan sengit. Bagi Sri Pahang pula, mereka tidak bermain negative football dan berjaya memberikan cabaran kepada JDT. Namun nasib tidak menyebelahi Sri Pahang kerana tewas kepada penalti (jenalti) pada minit-minit akhir perlawanan.

Dalam perlawanan malam tadi, Sri Pahang dengan jelas berikan tunjuk ajar kepada pasukan yang beraksi di Asian Champions League seperti Ulsan Hyundai dan Guangzhou FC cara-cara seri dengan JDT.

Buat pengetahuan semua, pasukan Guangzhou FC yang menghantar budak sekolah menengah telah tewas kepada JDT melalui jaringan besar dan sepakan penalti. Manakala, Ulsan Hyundai yang dibarisi oleh beberapa pemain skuad kebangsaan Korea turut terciduk dengan JDT.

Sri Pahang pula yang diisi dengan seorang pemain kebangsaan dan import entah bukan-bukan mampu bikin JDT hampir meraung di rumah sendiri.

Apa-apapun tahniah kepada Sri Pahang kerana seri dengan JDT dan ketahuilah bahawa anda setaraf dengan Kawasaki Frontale.

Comments