Malam tadi telah berlangsung perlawanan persahabatan melibatkan skuad negara menentang Maldives.
Dijangka Malaysia tiada masalah untuk menundukkan Maldives kerana kita menang dalam semua perlawanan bertemu mereka.
Bermula sahaja perlawanan Malaysia terus melancarkan serangan bertali arus dan mendominasi perlawanan.
Hasilnya pada minit ke-24, Darren Lok berjaya menjaringkan gol pertama Malaysia menerusi pressing yang berterus hingga memaksa pertahanan Maldives melakukan kesilapan.
Malaysia hampir sahaja mendapatkan gol kedua tetapi sepakan percuma Safawi Rasid tersasar sedikit walaupun berjaya memperdaya penjaga gol Maldives. Tamat separuh masa pertama, Malaysia mendahului Maldives dengan jaringan tipis.
Memasuki separuh masa kedua, Darren Lok berpeluang menjaringkan gol tapi cubaannya tersasar jauh. Darren Lok ubat kegagalan itu dengan satu sungkitan kepada Faisal Halim untuk mendapatkan gol kedua buat Malaysia pada minit ke-64.
Selepas itu, Malaysia seperti biasa terus menyerang untuk mendapatkan lebih banyak gol. Tapi hampir kesemuanya disia-sia begitu sahaja.
Menuju babak akhir perlawanan, Lee Tuck menambah gol ketiga Malaysia setelah mudah menolak masuk hantaran daripada penyerang terbilang Argentina iaitu Sergio Aguero. Tamat perlawanan, Malaysia mudah mengayam-ayam Maldives dengan keputusan 3-0.
Dua kemenangan dalam aksi persahabatan pastinya melegakan sedikit kerisauan Kim Pan-gon. Sebab ramai pemain utama tidak beraksi pada kali ini. Sekarang ini skuad 28 pemain akan dikecilkan kepada 23 pemain. Beberapa pemain akan disingkirkan untuk membawa yang terbaik sahaja ke Piala AFF.
Kepada yang berehat disarankan teruskan berehat dengan family sampai Piala Asia