Skandal Perlawanan Liverpool & Manchester United

Tahukah anda, Liverpool merupakan sebuah kelab bola sepak Inggeris yang telah digagaskan pada tahun 1892. Stadium rasmi yang digunakan oleh Liverpool pada hari ini sebenarnya pernah dimiliki Everton sebelum kelab itu terpaksa berpindah ke Goodison Park pada tahun 1891.

Everton juga menjadi antara rival utama Liverpool yang dikenali sebagai Derby Merseyside ataupun ‘The Friendly Derby’. Selain itu, Manchester United ataupun si syaitan merah juga adalah rival kepada Liverpool.

Advertisement

Walau bagaimanapun, Liverpool memiliki rekod yang sangat buruk ketika menentang Manchester United. Liverpool hanya berjaya mencapai 32 peratus kemenangan sahaja dalam kesemua perlawanan menentang Manchester United.

Kedua-dua pasukan juga pernah terlibat dengan skandal mengatur perlawanan pada tahun 1915. Ketika itu Manchester United yang sedang berjuang untuk mengelakkan diri daripada zon penyingkiran telah berjaya menewaskan Liverpool dengan jaringan 2-0. Hasil penyiasatan menyaksikan 4 pemain Liverpool dan 3 pemain Manchester United telah digantung seumur hidup daripada aktiviti bola sepak.

Secara keseluruhan, Liverpool berjaya mendakap 19 trofi Liga Perdana Inggeris, 6 trofi Liga Juara-Juara Eropah dan Piala Dunia Kelab FIFA. Hal ini lantas menjadikan Liverpool adalah kelab Inggeris teragung di Eropah.

#iSportsAsia

 

Comments