Secara asasnya sepak takraw merupakan sukan yang menyerupai bola tampar tetapi dimainkan menggunakan kaki dengan sepakan lipat.

Sukan ini sebenarnya boleh dijejaki seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka ketika Tun Besar secara tidak sengaja menjatuhkan destar Raja Muhammad Shah ketika dengan bermain sepak raga.

Advertisement

Bermula sejak itu sukan sepak raga terus dimainkan oleh masyarakat Melayu sehinggalah format baru dirangka.

Melalui format baru, sepak raga akan dimainkan di dalam gelangang dengan bilangan pemain, tiga menentang tiga dan mata akan dikira jika pemain tidak dapat menyambut servis.

Selepas itu sukan ini terus menjadi popular di Asia Tenggara sehingga namanya menjadi pertikaian.

Akhirnya kesemua negara Asia Tenggara bersetuju untuk menamakan sukan itu sebagai sepak takraw bersempena bahasa Melayu dan bahasa Thai.

Hari ini sepak takraw sudah mempunyai badan bertaraf antarabangsanya sendiri iaitu Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa.

Malah acara King’s Cup World Sepak Takraw Championships bisa dianggap sebagai kejohanan terulung sukan sepak takraw.

Sepak takraw juga turut menjadi sukan paling popular di Sukan Asia dan perlawanan antara Thailand menentang Malaysia di peringkat akhir pasti senantiasa dinantikan.

Buat pengetahuan anda semua, sepak takraw adalah sukan yang sangat unik.

Hal ini demikian kerana sepak takraw miliki peminat yang begitu ramai tetapi namanya hampir tidak pernah didengari di Amerika Syarikat.

Jadi bagi membuatkan sukan ini semakin dikenali, Malaysia mencadangkan agar sepak takraw dipertandingkan di Sukan Olimpik Musim Panas.

Walau bagaimanapun, ianya merupakan satu tindakan yang agak gila kerana sukan ini tidak popular.

Peminat hardcore sepak takraw pasti sangat mengenali sosok yang bernama Suebsak Phunsueb.

Beliau boleh dianggap sebagai Ronaldihno dalam sukan sepak takraw. Tahukah anda, beliau adalah individu yang bertanggungjawab mencipta servis kuda yang menjadi mimpi ngeri Malaysia sehingga ke hari ini.

Suebsak boleh dianggap sebagai selebriti di Thailand kerana menjadi pencetus kepada negara itu mendominasi hampir kesemua kejohana sepak takraw sehingga ke hari ini mengetepikan Malaysia.

Malahan beliau juga pernah membintangi sebuah filem bertajuk Born to Fight di negara kelahirannya sendiri.

Namun tidak semua pemain sepak takraw boleh menjadi selebriti seperti Suebsak kerana anda perlu berada dalam kelompok pemain-pemain elit.

Pendapatan pemain elit sepak takraw biasanya mencapai $7.5 juta setahun. Walau bagaimanapun jika anda hanya pemain biasa sahaja, sukar untuk anda dapatkan pendapatan yang lumayan.

#iSportsAsia

Oleh: Azmil Azali

Sumber

Eric, M. (2009, November 13). What sport do ninjas play? Sepak Takraw. Bleacher Report. Dipetik daripada https://bleacherreport.com/…/289280-what-sport-do…

Comments