Dua perlawanan EURO lewat pagi tadi menjelmakan seni bola sepak yang sungguh mengkagumkan. Dua pasukan pilihan yang dijangka mampu mara mudah ke peringkat suku akhir diberikan tentangan sengit oleh lawan masing-masing.
Kita mulakan dengan Sepanyol terlebih dahulu. Tindakan pengendali Sepanyol iaitu Luis Enrique menyenaraikan Umai Simon dalam kesebelasan utama menentang Croatia ternyata mengudang padah. Hal ini demikian kerana penjaga gol itu gagal menampan bola hantaran ke belakang Pedri sehingga menyebabkan jaringan sendiri terhasil pada minit ke 20.
Walau bagaimanapun Sepanyol tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan pada minit ke 38 melalui gol Pablo Sarabia. Tamat separuh masa pertama, kedudukan antara Croatia dan Sepanyol adalah satu sama.
Memasuki separuh masa kedua, Sepanyol semakin mengganas dengan jaringan Cesar Azpilicueta dan Ferran Torres. Keputusan ketika itu seseolah sudah memihak kepada Sepanyol dengan skor 3-1 dan sebelah kaki mereka sudah berada di saingan suku akhir.
Namun semua itu musnah apabila Croatia bangkit pada 10 minit terakhir perlawanan dengan dua gol. Gol-gol tersebut telah dijaringkan oleh Mislav Orsic pada minit ke 85 dan Mario Pasalic pada minit ke-92.
Keputusan tersebut memaksa perlawanan dibawa ke masa tambahan. Menuju minit-minir akhir masa tambahan pertama, Sepanyol berjaya menjarakkan kedudukan dengan keputusan 5-3 hasil jaringan De Paula Sepanyol iaitu Alvaro Morata dan Mikel Oryarzabal. Keputusan itu kekal sehingga masa tambahan kedua dan Sepanyol berjaya layak ke suku akhir.
Berlainan pula dengan situasi yang melanda pasukan Perancis. Mereka bergelut untuk menghasilkan sepakan tepat ke arah gawang gol Switzerland. Hal ini membuatkan Perancis sedikit alpa sehingga Switzerland berjaya meledak gol pertama melalui tandukan Haris Seferovic pada minit ke 15. Tamat separuh masa pertama, Switzerland mendahului Perancis dengan jaringan tipis.
Memasuki separuh masa kedua, Switzerland memiliki kelebihan untuk memberi tekanan kepada Perancis apabila dikurniakan penalti. Malangnya, penalti yang diambil oleh Ricardo Rodriguez diselamatkan oleh Hugo Lloris. Tak lama selepas itu, Perancis berjaya mendahulu Switzerland melalui jaringan Karim Benzema pada minit ke 57 dan 59. Pogba menambah garam ke dalam luka Switzerland dengan jaringan pada minit ke 75.
Ketika tampak seseolah Perancis akan memenangi perlawanan, Switzerland tiba-tiba sahaja bangkit melalui jaringan kedua Haris Seferovic dan satu gol Mario Gavranovic. Keputusan tersebut telah mengheret perlawanan memasuki masa tambahan. Tamat masa tambahan, keputusan masih lagi seri. Maka penalti diperlukan untuk menentukan pemenangan.
Semua sepakan penalti tampak semua sahaja buat kedua-dua pasukan. Namun begitu, Safawi Rasid Perancis iaitu Kylian Mbappe gagal menyempurnakan sepakan penalti terakhir lantas melayakkan terus pasukan Switzerland ke suku akhir.
#iSportsAsia