Senegal Tewas Pada 10 Minit Terakhir Menentang Belanda

Tengah malam tadi, telah berlangsung perlawanan kumpulan A antara Senegal menentang Belanda.

Bermula sahaja perlawanan, kedua-dua pasukan tampak seimbang apabila seringkali membalas serangan.

Advertisement

Namun Belanda lebih berbahaya kerana banyak menyerang sehingga hampir sahaja mendapatkan gol. Mujur penjaga gol iaitu Edouard Mendy beraksi dengan cukup baik dan mantap.

Senegal yang turun tanpa bintang utama mereka iaitu Sadio Mane masih lagi mampu beri saingan begitu kuat kepada Belanda. Tamat separuh masa pertama, kedudukan adalah seri.

Memasuki separuh masa kedua, macam biasa Belanda dan Senegal meneruskan rutin bola sepak mereka.

Ketika perlawanan seakan-akan mahu ditamatkan dengan keputusan seri, Cody Gakpo berjaya menjaringkan gol pendahuluan setelah mudah menandung hantaran daripada Frenkie De Jong ketika minit ke 85.

Pada minit-minit akhir tambahan masa separuh masa kedua, Belanda menambah derita Senegal melalui jaringan Davy Klaassen. Hal ini sekaligus membuatkan Belanda menang dan dapat menarik nafas lega.

Senegal pula harus persalahkan diri sendiri kerana tidak mampu menang atau paling kurang pun mencatat keputusan seri.

Comments