Selangor Lebih Power Berbanding Guangzhou FC

Malam tadi kita telah dihidangkan dengan perlawanan antara pasukan 50 langkah kehadapan menentang King of Malaya di Iskandar Puteri.

Selangor yang baru-baru ini berjaya menewaskan Sarawak United dengan jaringan 7-0 akan memiliki tonik tambahan untuk membinasakan JDT.

Advertisement

JDT pula yang sebelum ini hanya mampu seri sahaja menentang pasukan bawahan liga seperti Sri Pahang FC menghadapi sedikit tekanan untuk mencapai tekanan. Tetapi kejayaan layak menuju pusingan 16 terbaik Asian Champions League telah meredakan sedikit tekanan.

Berbekalkan situasi pra-perlawanan yang dialami kedua-dua pasukan, Selangor dijangka mampu memberikan saingan serta menewaskan JDT.

Namun segalanya hanya mimpi semata-mata kerana Khairul Azhan bolos seawal minit ke 3 permainan melalui rembatan luar kotak penalti Bergson Da Silva.

Selepas itu sepakan percuma Fernando Forestieri dan rembatan Leandro Velazquez terus membuatkan Khairul Azhan terkapai-kapai kelemasan.

Tamat separuh masa kedua, pasukan 50 langkah kehadapan mendahului King of Malaya dengan keputusan 3-0.

Masuk separuh kedua, Selangor buat lawak lagi apabila hantaran lintang yang amat deras gagal didakap kemas oleh Khairul Azhan.

Tak lama kemudian, Selangor berjaya menjaringkan 1 gol lantas menghidupkan sisa-sisa perjuangan di hujung terowong bawah laut.

Selangor terus game over apabila, Sumareh melengkapkan malam gemilang JDT dengan menjaringkan gol kelima.

Apa yang ditampilkan oleh Selangor sebenarnya seseolah mengulangi pencapaian mereka pada saingan 2020. Ketika itu, Selangor telah diayam-ayamkan oleh JDT dengan jaringan 6-1. Kali ini Selangor memperbaiki rekod itu dengan hanya bolos sebanyak 5 kali sahaja.

Mungkin DNA Jerman yang cuba diterapkan oleh Selangor diambil daripada Jerman Timur ataupun Parit Jerman.

Apa-apapun, Selangor perlu bangkit selepas ini kerana mereka adalah pasukan legenda di Malaysia. Ditambah lagi Selangor banyak menghasilkan bakat muda dan tidak takut untuk menurunkan mereka.

Selangor juga memiliki beberapa kelompok pemain terbaik di Malaysia dan ketidakmampuan mencabar kejuaraan adalah satu kemaluan besar bagi mereka.

Kepada Selangor, sengaja JDT biarkan anda menjaringkan satu gol agar anda tahu bahawa anda lebih hebat berbanding Guangzhou FC yang hanya membawa balik telur sahaja.

 

Comments