Malam tadi telah berlangsung perlawanan separuh akhir kedua antara Selangor FC menentang Terengganu FC.
Atas kertas Selangor memiliki kelebihan kerana ada dua perkara yang boleh dilakukan. Sama ada bertahan ataupun menjaringkan 1 gol untuk tutup terus peluang Terengganu.
Bermula perlawanan, Terengganu terus melancarkan serangan bertali arus ke kubu Selangor tapi semuanya gagal.
Masuk minit ke 36 baru Terengganu berjaya menjaringkan gol. Jaringan itu terhasil apabila Sharul Nazeem gagal menghalang hantaran daripada Faisal Halim. Tchetche Kipre hanya perlu menolak sahaja bola ke gawang.
Namun sayangnya ada dua pertahanan Selangor yang cuba menghalang. Apa boleh buat, takdir sememangnya untuk Terengganu apabila bola itu tetap bergolek ke dalam jaring sebelum pemain pertahanan Selangor dalam mengeluarkannya.
Selepas sahaja jaringan tersebut, Terengganu semakin bersemangat untuk memburu gol kedua bagi memadamkan kelebihan Selangor.
Selangor pula cuba bertahan dan sekali-sekala melancarkan serangan ke arah kubu Terengganu.
Masuk separuh masa kedua, Terengganu terus melancarkan serangan bertali arus. Selangor pula terus kental bertahan untuk memastikan kelebihan gol tidak padam.
Hasilnya Selangor berjaya layak ke final Piala Malaysia walaupun tewas tipis kepada Terengganu.
Sekarang misi Selangor adalag meraih kejuaraan kali ke-34. Sebelum itu mereka perlu menghadapi pasukan terkuat di Malaysia terlebih dahulu.
Barulah kita boleh lihat siapakah King of Malaya yang sebenar.