Selangor Buktikan Mereka Adalah King Of Malaya Yang Sebenar

Malam tadi telah berlangsung satu perlawanan di antara bakal juara Liga Super 2022 menentang kelab bawahan (baca lembah kehinaan).

Ramai menjangkakan juara Liga Super 2022 itu mampu mengayam-ayamkan kelab bawahan berdasarkan rekod pada pertemuan pertama tahun ini.

Advertisement

Ketika itu JDT mudah menewaskan Selangor dengan jaringan 5 berbalas 1 lantas menyebabkan Selangor berterusan jatuh.

Walau bagaimanapun lain pula yang jadi kerana secara tiba-tiba Selangor bermain agak baik. Sebelum ini Selangor bermain seperti budak sekolah rendah kerana begitu mudah untuk tewas sampaikan lawan PJ City pun tak boleh makan.

JDT pula baru menang selesa sebanyak 4-0 menentang Melaka United. Jadi setakat nak kalahkan kelab nombor 9 macam Selangor memang mudah.

Masalahnya JDT bermain dengan sangat teruk sampaikan nak lorongkan bola ke penyerang pun susah. Bukan itu sahaja, nak dapat on target pun sukar. Paling malang sekali adalah on target JDT adalah menerusi penalti. Penalti yang diberikan itu boleh dipersoal kerana Arif Aiman terlalu mudah untuk jatuh.

Selepas bolos dengan gol penalti, Selangor terus menyusun serangan untuk mendapatkan gol dengan cara yang betul. Hasilnya Caion berjaya menyamakan kedudukan dengan jaringan yang sangat mudah setelah Haziq Nadzli gagalkan mendapatkan bola.

Tersentak dengan jaringan tersebut, JDT terus melancarkan serangan bertali arus. Bahkan JDT juga bermain dengan garisan pertahanan yang sangat tinggi. Hal ini secara tidak langsung memudahkan pemain-pemain Selangor melancarkan serangan balas untuk mendapatkan jaringan kemenangan.

Apabila pemain JDT hilang sahaja bola di kawasan pihak lawan, Selangor terus melambungkan bola ke hadapan untuk mencari penyerang utama. Dalam beberapa kali juga Selangor berjaya membuatkan JDT agak sedikit cemas.

Tetapi macam biasa, serangan balas dah buat tetapi pemain jadi terpinga-pinga setelah bola sudah sampai dikaki. Mungkin juga mereka dalam keadaan sangat berdebar-debar kerana bukan sebarangan pemain yang boleh boloskan JDT.

Apa-apapun, tahniah kepada Selangor kerana berjaya mengajar JDT cara bermain bola sepak dengan sempurna. Mungkin ini adalah detik kebangkitan Selangor untuk mencipta sejarang lebih gemilang.

Comments