Selamat Jalan Pele Ke Negeri Abadi

Legenda bola sepak Brazil iaitu Pele diberitakan telah meninggal dunia pada hari khamis setelah lama melawan kanser. Berita ini telah disahkan oleh ejennya iaitu Joe Fraga dan keluarganya sendiri.

Sebagai seorang pemain bola sepak, terlalu banyak sumbangan dan pencapaian yang telah diberikan oleh Pele.

Advertisement

Antaranya adalah memenangi Piala Dunia sebanyak 3 kali dan menjaringkan 77 gol dalam 92 perlawanan Bersama Brazil.

Paling menakjubkan sekali adalah Pele berjaya mencipta 643 jaringan bersama Santos. Hal ini sekaligus menjadikan Pele sebagai pemain paling banyak menghasilkan gol untuk satu-satu kelab.

Rekod itu telah dipecahkan oleh Lionel Messi pada tahun 2020 setelah berjaya menjaringkan 644 gol bersama Barcelona.

Namun, rekod itu disanggah oleh Santos kerana mereka mendakwa Pele telah menjaringkan 1091 gol bersama pasukan tersebut.

Apa-apapun Pele tetap menjadi salah satu pemain yang ajaib dalam dunia bola sepak. Sehingga ke hari ini sukar nak jumpa pemain bola sepak yang mampu ulangi pencapaian hebat Pele.

Terima kasih Pele kerana pernah mewarnai bola sepak dunia.

Comments