Baru-baru ini bola sepak dunia dikejutkan dengan pemergian lagenda teragung bola sepak Argentina iaitu Diego Maradona akibat serangan jantung pada hari rabu lalu.

Berita tersebut lantas membuatkan Presiden Argentina iaitu Alberto Fernandez mengisytihar tempoh berkabung selama tiga hari untuk menghormati Maradona.

Advertisement

Di sini saya ingin menukilan sedikit perihal kehebatan Maradona ketika bergelar sebagai seorang pemain bola sepak

Di peringkat kelab, Maradona juga tidak kurang hebatnya apabila di awal kemunculan berjaya menjaringkan 116 gol bersama Argentinos Juniors.

Aksinya yang hebat itu mendorong kelab gergasi Argentina iaitu Boca Juniors untuk mendapatkan khidmatnya.

Maradona tidak tunggu lama apabila berjaya menjaringkan 28 gol dalam 40 penampilan.

Maradona hanya beraksi selama satu musim sahaja dengan kelab itu sebelum sebuah pasukan yang pengkalan di Catalan melamar beliau.

Ketika di Barcelona, aksinya sedikit goyah kerana hanya beraksi dalam 36 perlawanan selama dua tahun di Catalan walaupun mampu menjaringkan 22 gol.

Selepas itu Maradona berpindah ke kelab yang pengkalan di Naples. Di sinilah Maradona berjaya mencapai zaman kegemilangannya apabila berjaya memecahkan dominasi pasukan daripada utara Italy.

Maradona telah dilantik sebagai kapten pasukan dan berjaya menjadikan Napoli sebagai kelan yang sangat digeruni.

Bersama Napoli, Maradona berjaya memenangi kejuaraan pertama Seria A pasukan Naples itu pada musim 1986-1987.

Napoli sekali memenangi gelaran kedua Serie A mereka pada musim 1989-1990 dengan gandingan barisan hadapan Maradona, Bruno Giordano dan Careca.

Selain itu, Maradona juga merupakan penjaring terbanyak Serie A pada musim 1987-1988 dengan 15 gol.

Malahan Maradona juga diiktiraf sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman buat Napoli denggan 115 gol sehinggalah rekodnya itu dipecah oleh Marek Hamsik pada 2007.

Selepas itu, Maradona telah berpindah ke Sevilla, Newell’s Old Boys dan Boca Juniors sebelum mengambil keputusan untuk bersara sepenuhnya.

Ketika bermain bersama Argentina, Maradona beraksi sebagai seorang pemain tengah menyerang.

Bakat dan kemahiran gelecekan yang mengkagumkan terus menaikan namanya walaupun Maradona sendiri bertubuh kecil. Maradona telah bermain bersama Argentina dalam 4 edisi Piala Dunia.

Saingan Piala Dunia 1986 di Mexico menyaksikan Maradona berjaya memimpin pasukan negaranya menjulang Piala Dunia buat kali kedua.

Malahan Maradona juga memenangi Golden Ball sebagai pemain terbaik dalam kejohanan tersebut.

Terdapat beberapa jaringan ikonik Maradona yang sehingga kini masih lagi dikenang sebagai peristiwa unik dalam bola sepak.

Salah satunya adalah ketika perlawanan Argentina menentang England di Piala Dunia 1986 yang menyaksikan Argentina menang dengan jaringan 2-1.

Dikala itu Maradona berjaya membolosi gawang England dengan menampan bola menggunakan tanan dan jaringannya diiktiraf oleh pengadil perlawanan.

Hal itu telah membuatkan Maradona digelar sebagai ‘Hand of God’ ataupun Tangan Tuhan. Bersama Argentina, Maradona telah mencatatkan 34 jaringan dalam 91 penampilan antarabangsa.

Dalam bidang kejurulatihan, Maradona pernah membimbing negara iaitu Argentina daripada tahun 2008 sehingga 2010.

Maradona dipecat apabila gagal membawa Argentina tewas besar 4-0 kepada Jerman walaupun milik pemain berbakat iaitu Lionel Messi dan barisan serangan yang mantap.

Kali terakhir, Maradona menjadi jurulatih adalah sebelum beliau meninggal dunia iaitu dengan melatih kelab Gimnasia de La Plata di Argentina.

Tahukah anda, Diego Maradona pernah bertandang ke Malaysia pada tahun 1982 untuk menentang pasukan pilihan Selangor yang diketuai oleh Mokhtar Dahari.

Dalam perlawanan tersebut Boca Juniors hanya mampu menang tipis sahaja dengan pasukan pilihan Selangor.

Perlawanan itu dianggap sangat bersejarah kerana ianya dilangsungkan sebelum beliau menjadi bintang bola sepak yang terkenal. Itulah serba sedikit mengenai Diego Maradona, lagenda bola sepak yang tiada galang gantinya.

Muchas gracias, Maradona.

Adios.

#iSportsAsia

Sumber

Al-Jazeera. (2020, November 25). Football legend Diego Maradona dies at 60. Dipetik daripada https://www.aljazeera.com/…/football-legend-maradona…

Talk Sport. (2020, November 25). Diego Maradona dead: Argentine football legend and one of game’s greatest ever players passes away aged 60. Dipetik daripada https://talksport.com/…/diego-maradona-dead-argentine…/

Comments