Pencapaian dan kejayaan atlet sudah pasti merupakan salah satu aspek penting yang harus dititikberatkan oleh badan sukan kerajaan ataupun swasta. Salah satunya melalui sekolah sukan.

Kejayaan yang diraih oleh atlet merupakan satu KPI harus dicapai. Namun, terdapat satu perkara yang paling penting iaitu sistem pembangunan dari peringkat akar umbi lagi.

Advertisement

Program pembangunan akar umbi ini selalu dikaitkan dengan akademi-akademi ataupun program latihan mingguan. Dengan itu pada tahun 20 Januari 1988, jemaah menteri telah meluluskan usul untuk membina sekolah sukan di Malaysia.

Kredit: Berita Harian

Tujuan utama penubuhan Sekolah Sukan Malaysia (SSM) adalah untuk mengumpulkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang sukan di samping meningkatkan pencapaian di  alam bidang akademik.

Pengawasan yang istimewa akan diberikan supaya kejayaan di dalam bidang sukan bergerak selari dengan akademik

Maka pada Rancangan Malaysia ke-5 menjadi titi- tolak kepada kelulusan penubuhan sekolah itu yang akan menekankan pada aspek pembangunan atlet untuk ke peringkat dunia, penggunaan tenaga jurulatih professional, mengutamakan sains sukan dan penekanan sukan sebagai kerjaya.

Sekolah sukan yang pertama sekali dibina adalah Sekolah Sukan Bukit Jalil pada tahun 1996. Produk dari sekolah sukan ini yang berjaya melahirkan ramai atlet untuk Sukan Komanwel.

Ianya telah menjadi satu asbab penting untuk pembinaan sekolah sukan yang kedua iaitu Sekolah Sukan Tunku Ismail di Johor.

Kredit: Berita Harian

Selain itu, kementerian juga telah mengadakan beberapa lawatan ke sekolah-sekolah sukan di luar negara bagi menambah baik sistem sekolah itu di Malaysia. Selain itu, kerajaan mahu membina tiga lagi sekolah tersebut pada Rancangan Malaysia ke-9

Terdapat beberapa peringkat umur untuk ditapis sebelum pelajar berjaya masuk ke sekolah tersebut.

Kategori umur ini dibahagikan kepada darjah lima dan darjah enam dimana pada peringkat ini selalunya program ini akan diawasi oleh MSN. Selain itu MSN juga akan kenal pasti bakat untuk pelajar kategori umur tingkatan 1-tingkatan 5.

Bagi kategori pra universiti pula, permohononan boleh dilakukan melalui atas talian yang dimana atlet tersebut perlulah pernah mewakili negara ataupun berpotensi dalam masa terdekat.

Usaha-usaha kerajaan ini ternyata berbaloi kerana terdapat ramai atlet yang dilahirkan. Semoga lebih banyak sekolah-sekolah sukan dibina di samping menyediakan program kejurulatihan yang sangat efisien dan baik.

Oleh: AmTuah

Sumber:

Kementerian Pendidikan Malaysia. (n.d). Sekolah Sukan Malaysia. Dipetik daripada https://www.moe.gov.my/pendidikan/pendidikan-menengah/sekolah-sukan-malaysia

Comments