Beberapa hari lepas telah berlangsung satu perlawanan terhangat Liga Perdana Inggeris di antara Liverpool menentang Manchester United.

Perlawanan ini cukup sengit kerana melibatkan sentimen sejak sekian lamanya. Namun tengah malam tadi, kedua-dua pasukan hanya mampu seri sahaja. Membazir main penat-penat.

Advertisement

Tahukah anda, permusuhan di antara Liverpool dan MU telah bermula sejak abad ke 19 lagi.

Ketika era revolusi perindustrian, kedua-dua bandar Liverpool dan Manchester telah menunjukkan perkembangan yang cukup pesat dari segi ekonomi.

Bandar Manchester telah dikenali sebagai “Cottonopolis” kerana terdapat begitu banyak kilang kain di sana. Manakala Liverpool lebih dikenali sebagai kota pelabuhan yang menjadi pusat eksport dan import.

Manchester Canal

Jadi bagaimana pula bandar kain dan bandar pelabuhan boleh bercakaran? Menjelang akhir abad ke-19, terusan Manchester telah dibina bagi memudahkan pergerakan kapal.

Hal ini membawa maksud, kapal tidak perlu singgah di pelabuhan Liverpool dan dapat meneruskan perjalanan ke Mersey melalui terusan.

Kehadiran terusan ini telah membuatkan logo kedua-dua kelab daripada Manchester turut mempunyai imej kapal.

Hal ini sebenarnya memberikan rasa ketidakpuashatian orang Liverpool apabila fungsi mereka sebagai pelabuhan telah diambil alih oleh Mancherster.

Tak lama selepas itu permusuhan antara dua kelab terhebat Inggeris ini mula dizahirkan di atas padang.

Pada tahun 1894, Newton Heath iaitu nama lama bagi Manchester United telah terperosok di kedudukan terbawah Liga Divisyen Satu.

Manakala, Liverpool yang merupakan juara Divisyen Dua perlu menentang MU bagi menentukan tempat di Divisyen Satu pada musim berikutnya.

Dalam perlawanan tersebut Liverpool berjaya menang dengan jaringan 2-0 lantas menggantikan tempat MU di Divisyen Satu. Sejak itu bermulalah, perseteruan paling epik dalam liga bola sepak Inggeris.

Peminat-peminat baru Liga Perdana Inggeris (EPL) pastinya beranggapan bahawa Liverpool hanya terdaya memenangi satu sahaja gelaran liga.

Salah tanggapan anda itu kerana Liverpool adalah gergasi pada era 70-an dan 80-an. Ketika itu mereka berjaya memenangi 11 gelaran liga dan 4 Piala Eropah dari tahun 1972 sehingga 1990.

Memasuki era 90-an, MU telah menggantikan Liverpool sebagai pasukan yang dominan di EPL.

Antara perseteruan yang paling ingati adalah ketika Liverpool hampir sahaja memenangi treble tetapi dikecewai MU dengan jaringan 2-1 dalam final Piala FA 1977.

Selain itu, kejayaan MU menjulang trofi EPL pada musim 2010-2011 telah membuat peminat Liverpool kelesuan dan masuk gua.

Hal ini demikian kerana musuh ketat mereka itu berjaya mengatasi jumlah trofi Divisyen Satu Liverpool.

Ianya semakin perit apabila MU sekali lagi menjulang trofi EPL pada musim 2012-2013 lantas menjadikan pasukan itu memiliki 20 kejuaran Divisyen Satu Inggeris.

Walau bagaimanapun, Liverpool terus bangkit untuk memastikan mereka tidak lagi duduk di bawah tapak kaki MU.

Hal itu tampak berjaya apabila Liverpool membuat kejutan menghuni tangga teratas EPL musim 2013-2014 sebelum dipintas pada minit akhir oleh Manchester City.

Selepas itu, Liverpool mengambil masa lebih kurang tujuh musim untuk kembali memenangi trofi EPL ke 19 mereka. Namun begitu, berlaku sedikit polemik antara peminat MU dan juga Liverpool.

Ramai peminat MU beranggapan Liverpool hanya berdaya memenangi satu sahaja gelaran EPL sedangkan MU telah menjulang sebanyak 13 kejuaraan.

Perkara ini agak bertentangan ketika MU mendakap trofi pada musim 2012-2013 apabila peminat mereka beranggapan MU telah memenangi trofi ke 20.

Apa-apapun, rekod tetap menyatakan MU menang 20 kali dan Liverpool kurang satu. Jadi sebagai rakyat Malaysia, santailah sahaja dengan perlawanan yang sungguh epik ini dan pasukan kalah boleh masuk gua.

#iSportsAsia

Sumber

Bailey, R. (2013, September 24). A rough guide to why Liverpool and Manchester United hate each other. Bleacher Report. Dipetik daripada https://bleacherreport.com/…/1784972-a-rough-guide-to…

Comments