Kontroversi adalah perkara yang tak boleh dielakkan dalam industri sukan di Malaysia mahupun antarabangsa.

Kadang-kadang kontroversi juga merupakan salah satu aktiviti pemasaran yang efektif untuk zaman ini.

Advertisement

Antara kontroversi yang acap kali berlaku adalah berkaitan dengan isu doping. Kebiasannya isu doping ini bisa terjadi adalah melibatkan penggunaan bahan bahan terlarang.

Bahan terlarang yang boleh meningkatkan prestasti atlet dinamakan sebagai steroid anabolik.

Menurut sejarah, steroid anabolik ini mula dicipta pada tahun 1889 oleh sainstis yang berumur lewat 70-an untuk meningktkan kekuatan fizikalnya.

Steroid anabolik ini dicipta menggunakan cecair yang diekstrak daripada anjing dan juga khinzir.

Perang dunia ke-2 yang terjadi telah membuatkan tentera tentera nazi mula melakukan eksperimen untuk mengetahui bagaimana cara untuk menambah kekuatan fizikal.

Steroid ini digunakan untuk menambah kekuatan fizikal tentera nazi. Steroid ini berfungsi dengan cara menambah dan membina otot-otot baharu di dalam badan.

Era sukan selepas perang dunia ternyata begitu didominasi oleh negara Rusia. Banyak negara merasakan bahawa pasukan Rusia menggunakan bahan terlarang untuk meningkatkan prestasti atlet mereka.

Pada tahun 1959, Amerika Syarikat muncul dengan steroid ciptaan mereka yang diberi nama Dianabol. Atlet pertama yang menggunakan steroid ini adalah dalam kalangan atlet angkat berat.

Namun pada tahun 1975, International Olympic Committee telah sebulat suara membuat keputusan untuk mengharamkan penggunaan apa sahaja jenis steroid dan juga bahan terlarang yang boleh meningkatkan prestasti atlet.

Hal ini dilakukan kerana tidak adil bagi atlet yang bertanding dan tidak mengambil apa-apa bahan terlarang.

Amerika Syarikat yang merupakan pelopor penggunaan steroid juga melalui kerajaan mereka telah memperkenalkan akta larangan pengguanaan steroid pada tahun 1988 kepada semua atlet mereka.

Pada hujung tahun lepas, atlet muda pecut negara telah didapati positif ketika ujian doping dilakukan.

Atlet berumur 17 tahun itu positif methasterone dan oxymetholone, sejenis steroid androgenik anabolik.

Hal ini menyebabkan ramai orang mempersoalkan bagaimana masa depan negara jika atlet muda sahaja sudah mula terjebak dengan penyalahgunaan bahan terlarang.

Jika disabitkan bersalah, atlet itu bakal berhadapan hukuman penggantungan selama empat tahun.

Steroid anabolik bukan jawapan kepada atlet untuk meningkatkan prestasi secara mendadak.

Akibat daripada aktiviti tidak beretika ini akan menjejaskan karier dan masa depan atlet itu sendiri.

#iSportsAsia

Oleh: AmTuah

Sumber

Berita Harian Online. (2020, Januari 10). Atlet 17 tahun positif steroid. Dipetik daripada https://www.bharian.com.my/…/atlet-17-tahun-positif%C2…

Comments