Sedikit Kontroversi Dan Drama Melanda POPIC 2022

Kejutan dan sedikit kontroversi berlaku hari ini apabila penyandang juara bagi kategori Men Double National Ocean Race TK2 yang berlangsung di Pantai Balok telah dinafikan kemenangannya.

Bukan setakat itu sahaja, peserta yang berada di tempat kedua turut terjejas. Maka bolehlah kita katakan, itulah adalah sebuah kemenangan yang tertangguh. Hal ini demikian kerana penalti sebanyak 2 minit telah dikenakan kepada pasangan Imam Sujadi/Ahmad Azfaruddin dan David Bong/Aderian.

Advertisement

Semua ini terjadi angkara kesilapan teknikal yang berlaku ketika perlumbaan sedang berlangsung. Kesilapan mula muncul apabila marshal yang bertindak memberi arahan melakukan sedikit kesalahan. Senang cerita, kesilapan tersebut bukanlah 100% daripada peserta.

Secara tidak langsung pasangan Imam Sujadi/Ahmad Azfaruddin gagal mempertahankan gelaran juara setelah memenanginya buat dua kali berturut-turut dalam dua perlumbaan sebelum ini. Tapi secara keseluruhan, Imam Sujadi/Ahmad Azfaruddin masih lagi menyandang gelaran juara jika catatan masa dalam ketiga-tiga perlumbaan diambil.

Bagi pasangan yang berada di tempat ketiga iaitu Muhammad Adhwa Danish dan Muhammad Mustaqim, mereka menerima tuah tidak disangka-sangka angkara kesilapan tersebut. Perkara itu lantas membawa mereka menjadi juara untuk pusingan kali ini.

Kejayaan yang datang secara tiba-tiba ini sangat mengejutkan pasangan tersebut. Malah mereka sendiri tidak menjangka mampu menjadi juara setelah hanya mampu berpuas hati di tempat kedua dan ketiga dalam perlumbaan sebelum ini.

Pasangan tersebut itu juga menegaskan mereka akan buat lebih baik dalam baki 2 perlumbaan akan datang biarpun penerima saingan yang begitu kuat.

Jadi kita lihat pula apa pengakhirannya pada baki dua perlumbaan akan datang. Semoga tidak lagi berlaku segala kesilapan yang mampu mencacatkan kedudukan serta menurunkan sedikit moral peserta.

Keputusan rasmi untuk acara Men Double National Ocean Race TK2 adalah seperti berikut:

1.Muhammad Adhwa Danish/Muhammad Mustaqim
2.Imam Sujadi/Ahmad Azfaruddin
3.David Bong/Aderian

Comments