Makanan yang sihat merupakan asas kepada pemakanan untuk semua manusia. Pemakanan sihat bermaksud mengambil makanan yang merangkumi semua nutiren dalam kadar tidak berlebihan.

Mengambil makanan yang mengandungi nutrien tertentu dengan kadar berlebihan boleh menyebabkan komplikasi kepada kesihatan di masa akan datang.

Advertisement

Protein antara sumber nutrien yang sangat diperlukan oleh semua manusia terutamanya atlet untuk membina, membaiki dan menambah otot dalam badan.

Sumber protein sangat sinonim dengan daging ayam dan juga daging lembu.

Namun, ramai yang tidak sedar bahawa sayuran dan juga buah-buahan juga boleh memberi sumber protein yang tinggi kepada badan.

Tambahan pula, sumber protein daripada buahan dan sayuran dapat mengurangkan kolestrol dalam badan kerana tiada lemak berlebihan dan juga terdapat serat yang tinggi.

Terdapat beberapa sayuran yang agak popular untuk dijadikan sumber protein.

Antaranya adalah kacang soya dan dikatakan sumber nombor satu untuk protein dalam kalangan sayuran kerana mengandungi set nutrien asid amino yang lengkap.

Setiap 100gram kacang soya, dianggarkan terdapt lebih 8gram protien.

Selain itu, kacang juga merupakan sumber terbesar untuk pengambilan protein. Lisin dan isoleucine yang terdapat dalam kacang merupakan elemen asid amino yang sangat diperlukan oleh tubuh badan.

Contoh yang boleh diambil adalah kandungan protien dalam kacang putih sebanyak 6gram untuk setiap 100gram.

Sayur brokoli juga merupakan sayuran yang boleh diambil untuk mendapatkan sumber protien. 34% daripada sifat kering brokoli adalah merupakan sumber protein.

Secara tidak langsung, peratusan protein dalam brokoli pun amat tinggi.

Sayur bayam sudah pasti tidak asing lagi kerana serba sedikit dari kita sudah tahu sayur bayam akan menambah bilangan otot kerana menonton rancangan kartun Popeye ketika dahulu.

Antara sayuran lain yang boleh dijadikan alternatif adalah seperti jagung dan juga kentang.

Namun harus diingatkan bahawa pengambilan protein daripada sayuran dan buahan perlu juga seiring dengan pengambilan protien daripada daging.

Bagi mendapatkan protein sepenuhnya, ianya perlulah diambil dalam kuantiti yang seimbang.

#iSportsAsia

Oleh: AmTuah

Comments