Sukan Olimpik Tokyo makin kerap menjadi bualan peminat sukan di seluruh dunia. Peminat peminat sukan tanah air juga turut sama tidak sabar untuk menyaksikan temasya terbesar dunia itu. Jika bercakap soal Sukan Olimpik, sudah past atlet tanah air yang menjadi taruhan sudah semestinya Dato Lee Chong Wei.

Meskipun beliau tidak berjaya mendapakan pingat emas, tetapi aksi konsisten beliau berjaya mengutip pingat Perak untuk tiga temasya berturut turut membuktikan bahawa beliau berada di aras yang tertinggi dalam sukan badminton.

Advertisement

Namun setelah beliau mengumumkan persaraan pasti semua peminat sukan tanah air merindukan aksi beliau di temasya temasya besar. Meskipun di Sukan Olimpik Tokyo nanti Dato Lee Chong Wei tidak akan beraksi tetapi beliau sudah dilantik sebagai chef-de-mission CDM kontijen negara.

Pada perancangan asal, Dato Lee Chong Wei dijadualkan akan turut berangkat ke Tokyo nanti tetapi disebabkan pandemik yang sedang melanda dan juga sejarah perubatan beliau, pihak perubatan menasihatkan beliau untuk tidak ikut serta ke temasya itu nanti.

MOM juga belum ada perancangan untuk menggantikan beliau. Dato Lee Chong Wei sudah pasti akan menjadi sumber inspirasi untuk semua atlet negara di temasya Olimpik nanti. Kehadiran beliau juga akan turut menaikkan semangat para atlet.

Oleh: AmTuah

Comments