Malaysia bukan nama asing bagi dunia sukan permotoran dan miliki litar antara yang terbaik di dunia.

Bukan itu sahaja, pasukan daripada Malaysia juga mampu memberi saingan pada kejohanan permotoran. Memiliki pelumba-pelumba yang bertaraf dunia juga merupakan kelebihan untuk negara kita.

Advertisement

Tahukah anda terdapat beberapa faktor sains yang akan menentukan sebaik mana jentera akan berfungsi ketika perlumbaan dijalankan. Antara faktor tersebut adalah sifat kimia minyak yang digunakan.

Ahli kimia yang dipertanggungjawabkan haruslah memastikan minyak dapat digunakan untuk memberi kesimbangan pada enjin.

Antara komponen yang perlu diberi penekanan adalah komposisi sukatan minyak, cara mengoptimiskan octane mengikut kesesuaian pelumba dan memastikan kuantiti minyak diperlukan.

Buat pengetahuan semua, minyak yang sempurna dapat menambah kelajuan jentera. Selain itu, pakar telemetri juga diperlukan. Hal ini demikian kerana setiap data yang keluar harus dicatatkan bagi membantu menambah baik jentera.

Data-data ini akan membantu pasukan kerana rekod tersebut akan terus dihantar kepada krew yang berada di pit stop untuk menukar apa aksesori diperlukan.

Daripada data ini juga strategi perlumbaan boleh dirangka dan diubah mengikut situasi tertentu.

Pakar kimia untuk minyak pelincir juga sangat diperlukan oleh setiap pasukan sukan permotoran.

Kerjaya mereka dianggap penting kerana mereka yang akan tentukan samada jentera boleh terus beraksi atau tidak.

Hal ini demikian kerana terdapat komponen-komponen yang mudak rosak dan digunakan pada tahap maksima.

Perubahan suhu yang agak ekstrem sehinggan 1750 kW setiap minit boleh merosakkan komponen jika minyak pelincir tidak berfungsi dengan baik.

Keberkesanan minyak pelincir ini bergantung kepada bagaimana mereka menggunakan teknologi nano.

Ada minyak pelincir yang menggunakan mikrosopoc eletron untuk memastikan kurang pergeseran di dalam enjin.

Tugas mereka ini juga akan membantu pasukan untuk tidak mengeluarkan kos yang berlebihan dan boleh memaksimakan ketahanan jentera.

Perkara-perkara ini mungkin kita anggap tidak penting, tetapi persembahan pelumba banyak diperngaruhi oleh jentera itu sendiri.

Tidak hairan apabila ada pelumba yang menunjukkan prestasi yang baik bersama pasukan tertentu tapi tidak dengan pasukan baharu.

#iSportsAsia

Oleh: AmTuah

Comments