Pintu perpindahan pemain telah pun dibuka ketika tanggal pemulaan tahun ini.

Acap kali pintu perpindahan ini dibuka, banyak kelab gergasi bola sepak akan cuba untuk meningkatkan kualiti pasukan dengan membeli pemain baru pada pintu perpindahan pertengahan musim ini.

Advertisement

Ada juga pasukan yang cuba untuk menandatangani kontrak baharu pemain yang akan menjadi free agent kerana kontrak akan tamat.

Terdapat dua pemain berstatus bintang yang menjadi bualan peminat-peminat bola sepak pada jendela perpindahan kali ini iaitu David Alaba dan juga Lionel Messi.

Persamaan kedua-kedua pemain ini adalah mereka sudah dibenarkan berunding dengan pasukan lain untuk masa depan mereka kerana kontrak bersama pasukan akan tamat hujung musim ini.

Spekulasi kuat mengatakan bahawa David Alaba yang kini bersama dengan pasukan Bayern Munich akan berhijrah ke pasukan Real Madrid.

Desas-desus ini makin bertiup kencang apabila menurut beberapa media di Sepanyol, Sergio Ramos tidak ingin beraksi pada perlawanan menentang Celta Vigo kerana terasa dengan pihak pengurusan.

Pihak pengurusan Real Madrid dikhabarkan ingin menyambung kontrak Sergio Ramos tetapi hanya satu tahun tempoh yang ditawarkan.

Selain itu, David alaba juga dilaporkan telah dirisik oleh pasukan Barcelona untuk memperkuatkan jentera pertahanan mereka yang tampak tidak konsisten sekarang ini.

Namun David Alaba menolak tawaran tersebut kerana ingin bermain untuk pasukan Real Madrid.. beliau juga dilaporkan bakal menerima gaji 10 juta euro untuk empat musim bersama Real Madrid

Berbalik kepada salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman iaitu Lionel Messi, beliau hampir meninggalkan Barcelona pada awal musim ini namun dihalang oleh pihak pengurusan.

Bila sebut berkaitan mahu mendapatkan Messi, pasti perpindahan ini akan memerlukan jumlah wang yang sangat besar walaupun yuran perpindahan tidak perlu dibayar. Hal ini kerana Lionel Messi merupakan pemain paling mahal dibayar gaji.

Antara dua pasukan yang dikaitkan dengan Lionel Messi adalah Manchester City dan PSG.

Kedua dua pasukan ini memang kukuh dari segi kewangan namun Manchester City dilihat lebih mempunyai kelebihan kerana pengurus mereka Pep Guardiola merupakan pengurus yang berjaya menaikkan prestasi Messi ketika bersama Barcelona.

#iSportsAsia

Oleh: AmTuah

Comments