Sabah Tiada Jawapan Kepada Kehebatan JDT

Malam tadi telah berlangsung perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara JDT menentang Sabah di Stadium Sultan Ismail.

Atas kertas, JDT tidak berdepan masalah untuk layak ke final. Ini kerana JDT seringkali membelasah lawan apabila beraksi di Stadium Sultan Ismail.

Advertisement

Ditambah pula Sabah tidak dapat menurunkan kesebelasan terbaik ekoran masalah kecederaan gentelmen agreement. Buktinya, dibangku simpanan pun Sabah menghadapi kekurangan pemain.

Namun kita tidak boleh memperkecilkan kemampuan Sabah. Semasa di Tawau, JDT amat sukar untuk menjaringkan gol biarpun menurunkan pemain utama.

Maka perlawanan pun bermula dan macam biasa JDT mendominasi permainan. Kecemerlangan Damien Lim menyukar hasrat JDT untuk memburu gol awal.

Setelah perlawanan memasuki minit ke-35, baru JDT mampu menjaringkan gol melalui tandukan Bergson yang tidak dicabar mana-mana pemain Sabah.

Enam minit kemudian, JDT menambah derita Sabah melalui jaringan Forestieri yang terhasil daripada pergerakan Afiq Fazail dan Arif Aiman. Tamat separuh masa pertama, JDT mendahului Sabah dengan jaringan 2-0.

Masuk separuh masa kedua, Sabah cuba meningkat intensiti permainan. Hasilnya Kaigi Kagayama berjaya menjaringkan gol lantas merapatkan sedikit defisit jaringan.

JDT pula seperti pengendurkan sedikit permainan agar momentum Sabah terganggu. Di hujung perlawanan, JDT berjaya memperolehi sepakan penalti setelah Akhyar Rasyid dijatuhkan dalam kotak penalti.

Tapi sayangnya Safawi Rasid buat kelakar kerana merembat bola ke bulan sekaligus membuatkan JDT gagal menutup terus peluang Sabah.

Akhirnya JDT berjaya juga menjaringkan gol ketiga setelah hantaran Syahmi Safari ditolak mudah oleh Syafiq Ahmad ke dalam gawang Sabah.

Macam biasa, JDT berjaya layak ke final dan menunggu Selangor untuk melihat siapa King of Malaya yang sebenar.

Comments