Kelab-kelab bola sepak di Eropah pada hari ini sedang sibuk dengan musim perpindahan pemain.

Biasanya pada musim perpindahan musim sejuk atau pertengahan musim ini kelab tidak akan membuat rombakan besar kerana pemain yang akan menyertai semestinya memerlukan masa untuk adaptasi dengan suasana yang baru.

Advertisement

Real Madrid sangat terkenal demgan gaya pembelian yang mega ketika musim perpindahan.

Hal ini menyebabkan sehinggakan terciptanya skuad Galaticos dimana menghimpunkan ramai pemain bintang dalam satu pasukan.

Skuas Galaticos yang pertama bermula apabila Florentio Perez berjaya memenangi jawatan Presiden pada tahun 2000 setelah menewaskan calon presiden lain iaitu Lorenzo Sanz.

Tanpa menunggu lama, Perez terus menanda tangani pemain pemain bintang pada masa itu seperti Luis Figo, David Beckham, Ronaldo dan juga Michael Owen.

Skuad Galaticos II juga dibentuk pada tahun 2009-2010, hal ini disebabkan oleh Real Madrid yang sudah lama kemarau Piala Eropah selain Barcelona mula mendominasi saingan domestik ketika itu.

Skuad Galaticos II ini dibarisi oleh pemain pemain bintang seperti Cristiano Ronaldo, Kaka, Karim Benzema, Xabi Alonso, Arbeloa dan juga Raul Albiol.

Pada musim yang sama juga Real Madrid mengumumkan bahawa skuad Galaticos mereka akan dipimpin oleh Jose Mourinho.

Namun skrip agak berbeza buat Real Madrid pada dua musim perpindahan pemain.

Buat pertama kali dalam sejarah bola sepak moden, Real Madrid tidak membeli walau satu pemain ketika musim perpindahan pra musim 2020/2021.

Keadaan ini agak mengejutkan kerana Real Madrid ketika itu banyak menjual pemain seperti Regullion yang ke Spurs, Hakimi ke Inter Milan.

Walaupun dikaitkan dengan isu penjimatan ketika COVID-19, Real Madrid antara pasukan yang berjaya mencatat keuntungan.

Lebih-lebih lagi buat masa ini khabar angin untuk melihat skuad Galaticos III sedang hangat bertiup kencang.

Real Madrid dikhabarkan ingin membawa masuk Mbappe, Halland, Pogba dan Salah.

Namun yang menjadi persoalan disini, pada musim perpindahan pertengahan musim ini juga Real Madrid masih belum membawa pemain masuk malah penyerang mereka Luca Jovic telah kembali ke kelab lama.

Ada berita mengaitkan polisi perpindahan pemain Real Madrid agak berlainan ketika ini kerana Real Madrid sedang menaiktaraf Stadium utama mereka sejak penyokong tidak dibenarkan masuk untuk menonton.

Oleh itu, Real Madrid terpaksa berjimat kerana sejumlah wang telah dikeluarkan.

Adakah Real Madrid akan menjadi seperti Arsenal yang dimana kurang membeli pemain setelah berpindah ke stadium baru ataupun Real Madrid akan berjaya membentuk skuad Galaticos III yang dinanti nantikan?

#iSportsAsia

Oleh: AmTuah

Comments