Kita semua sudah sedia maklum bahawasanya pada musim kali ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super untuk tujuh kali berturut.
Ianya merupakan sebuah rekod yang sukar untuk diatasi dan mungkin ambil 100 tahun akan datang barulah berjaya dipecahkan.
Sebelum bermulanya aksi muncul isu mengenai beberapa pasukan ingin mengwujudkan pasukan simpanan yang beraksi di Liga Perdana.
Dalam hal ini, PKNS FC dan PKNP FC telah menjadi mangsa untuk beraksi di Liga Perdana dengan nama Selangor II serta Perak II.
Aksi Liga Super dimulakan dengan perlawanan antara JDT menentang Kedah dalam perebutan Piala Sumbangsih. Perlawanan ini dimenangi oleh JDT dengan satu gol berbalas kosong hasil jariangan Mauricio pada minit ke-44 separuh masa pertama.
Semuanya berjalan lancar dan tampak perubatan takhta liga semakin sengit apabila JDT hanya dipisahkan dua mata sahaja dengan pasukan ditangga kedua iaitu Perak.
Walau bagaimanapun, perlawanan Liga Super terpaksa ditangguhkan ekoran kes Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Pada 1 Mei, pengendali liga menyatakan aksi akan dimulakan pada bulan September. Jika gagal, Liga Malaysia akan dibatalkan pada tahun ini. Buat pengetahuan anda semua, liga pasca-PKP dijalankan dengan hanya 11 perlawanan sahaja.
Ekoran pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan kes Covid-19 yang semakin berkurangan, aksi Liga Super dimulakan pada 28 Ogos 2020. Dalam perlawanan tersebut Perak telah tewas kepada pasuka Melaka United.
Manakala, JDT hanya menang tipis ke atas Pahang akibat terlalu selesa ketika mendahului. Perlawanan tersebut bikin JDT terus gah di atas manakala Terengganu berjaya mendaki tempat kedua apabila berjaya menewaskan Sabah dengan jaringan 4-0.
Hasrat Terengganu untuk menjadi pencabar JDT tidak kesampaian apabila pasukan itu telah tewas dalam tiga perlawanan berturut.
Memasuki perlawanan kesembilan, JDT makin hampir mencuim trofi liga tetapi terpaksa menunggu sedikit lama apabila sekadar seri sahaja menentang PJ City.
Pasukan ditangga kedua iaitu Perak ketinggalan 6 mata di belakang JDT dan memungkin peluang untuk mengejar takhta Liga Super semakin sukar.

Kemenangan besar JDT ke atas pasukan Sabah terus mengangkat pasukan itu sebagau juara dan meninggalkan Perak terkapai-kapai.
Tiada apa yang boleh dikatakan buat pasukan itu kerana semuanya tampak konsisten dikala pasukan lain berumbang-ambing.
Namun begitu, JDT berjaya melahirkan seorang pemain muda berumur 19 tahun yang terus memberi impak apabila beraksi dengan empat jaringan berjaya direkodkan.
Dalam aksi Liga Super kesebelas, perlawanan di antara Perak menentang Kedah menjadi sangat hangat sekali untuk penentuan tempat kedua dan slof ke Piala AFC.
Pada awalnya Kedah berada di depan dengan jaringan Kpah Sherman dan Fadzrul Danel. Walau bagaimanapun, Perak berjaya bangkit dengan dua jaringan daripada pemain tengah iaitu Leondro Dos Santos.
Pada separuh masa kedua, Renan Alves berjaya jaringkan gol kemenangan buat pasukan Kedah. Hal itu lantas menabalkan Kedah sebagai naib juara Liga Super dan memperoleh slot ke Piala AFC 2021.

Apa yang boleh dirumuskan dalam aksi Liga Super 2020 adalah konsistensi adalah aspek utama untuk menjadi juara.
Namun begitu, kita lihat perebutan tempat kedua Liga Super lebih sengit berbanding menjadi juara.
Mungkin hal ini akan terus berlaku untuk beberapa tahun akan datang sehingga hadir sebuah pasukan yang mampu mencabar. Tahniah juga kepada Pulau Pinang dan Kuala Lumpur kerana berjaya melayakan diri ke Liga Super 2021.