Apabila bercakap tentang kelab paling berjaya di Eropah pasti nama-nama seperti Real Madrid, Barcelona, Bayern Munich dan Manchester United pasti kedengaran di telinga.

Tiada siapa yang boleh nafikan rekod Real Madrid di pentas Liga Juara-Juara Eropah dengan memenangi 13 trofi iaitu terbanyak kali.

Advertisement

Malahan rekod Manchester United di saingan Liga Perdana Inggeris juga tidak boleh dilupakan apabila berjaya menduduki takhta liga sebanyak 13 kali meninggalkan pesaing mereka iaitu Liverpool.

Walau bagaimanapun, tahukah anda terdapat kelab Eropah lain lebih berjaya berbanding dua nama yang telah disebutkan sebentar tadi.

Kelab tersebut adalah Rangers FC yang beraksi di Scotland dibimbing oleh lagenda Liverpool iaitu Steven Gerard.

Kalau nak tahu Rangers ditubuh pada tahun 1872 dengan memakai nama Glasgow Argyle di Glasgow, Scotland.

Kelab ini dijenamakan semula sebagai Rangers apabila berlaku perjumpaan kelab yang pertama di antara pihak pengurusan.

Ketika itu juga, Rangers menjadikan Ibrox Park sebagai stadium ataupun keramat mereka.

Pada tahun 1886, kelab ini telah membuat kemunculan pertama di Piala FA. Rangers juga adalah antara 11 kelab pertama beraksi dalam Scottish Championship pada tahun 1890.

Menjelang tahun 1919, Rangers telah memenangi sembilan trofi Scottish Championship dan empat Scottish Cups.

Memasuki sahaja era Bill Struth sebagai pengurus Rangers pada 1920, kelab itu berjaya merampas takhta daripada Celtic sebagai pasukan bola sepak terbaik di Scotland.

Ketika didalam kendalian Struth sehingga 1954, Rangers berjaya menggondol 19 Scottish Championship dan 10 Scottish Cups.

Kegemilangan Rangers tidak terhenti disitu sahaja apabila Scot Symon yang menggantikan Struth berjaya meneruskan legasi terbilang kelab itu.

Bersama Scot Symon, Rangers berjaya mengecap enam lagi trofi Scottish Championship dan lima 10 Scottish Cups.

Memasuki awal era 70-an, kelab ini dibelenggu oleh peristiwa Ibrox 1976 yang mengakibatkan kematian seramai 66 orang.

Walau bagaimanapun pada tahun berikutnya, Rangers berjaya pulih daripada peristiwa tersebut lantas memenangi trofi Eropah pertama setelah menewaskan Dynamo Moscow dengan jaringan 3-2 di final European Cup Winners’ Cup.

Tidak lama selepas itu, Jack Wallace mengambil alih jawatan sebagai pengurus Rangers dan sekali lagi berjaya menamatkan penguasaan Celtic di saingan domestik.

Kala itu, Rangers berjaya memenangi tiga Scottish Championship dan tiga Scottish Cups antara tahun 1973 sehingga 1978.

Kelab ini mulakan tranformasi dan reformasi apabila gagal menguasai saingan domestik dengan melantik Graeme Souness sebagai pengurus baharu pada 1986.

Ketika itulah Rangers berjaya menandatangi nama-nama besar seperti Walter Smith lantas membawa kelab itu mengapai sembilan Scottish Championship dan tiga Scottish Cups secara berturut-turut.

Walau bagaimanapun, masalah kewangan telah melanda kelab ini sehingga memaksa ianya dibubarkan seketika dan segala aset kelab dipindah ke syarikat baru iaitu The Rangers Football Club Ltd pada musim 2011/2012.

Bertitik tolak daripada situ, Rangers memulakan kembali perjalanan mereka di peringkat keempat bola sepak Scotland.

Pada hari ini, Rangers yang dibimbing oleh Steven Gerard sedang berusaha untuk menjadikan kelab tersebut kembali dominan di saingan domestik lantas memberi saingan kepada Celtic.

Setakat ini Rangers berjaya memenangi Scottish Championship sebanyak 55 kali, Scottish second-tier League Championships, Scottish third-tier League Championships, Scottish fourth-tier League Championships, 33 Scottish Cup, 27 Scottish League Cup dan satu Scottish Challenge Cup.

Di peringkat benua pula, Rangers hanya berjaya memenangi gelaran Eropah pada musim 71/72 sahaja.

Hal ini telah meletakan Rangers sebagai kelab paling berjaya di Eropah dengan 120 trofi dalam kabinet mereka. Jadi kepada penyokong Rangers di Malaysia, anda semua apa khabar?

#iSportsAsia

Sumber

Football History. (2020). History of Rangers FC. Dipetik daripada https://www.footballhistory.org/club/rangers.html

Comments