Raja Scotland Mati Kerana Sukan Tenis

Tidak ramai tahu sukan tenis menjadi punca kematian Raja James I dari Scotland. Semasa menjadi tebusan di England dari 1406 hingga 1424, baginda didedahkan dengan Jeu De Paume – versi terawal tenis dan jatuh cinta dengan sukan tersebut. Selepas dibebaskan dan ditabalkan pada 1424, James I sentiasa mencuri kesempatan bermain Jeu De Paume di istananya di Perth.

Namun baginda merasa kecewa setiap kali bermain, bola tenisnya masuk ke dalam longkang. Hal ini mendorongnya memerintahkan penjaga istana agar menutup longkang tersebut bagi mengelak bola terus hanyut ke situ. Perintah ini yang menjadi sebab kemangkatannya.

Advertisement

Tidak lama selepas ditabalkan, James I memperkenalkan pelbagai reformasi dengan tujuan dapat menyaingi negara jiran di sebelah selatan, England. Bagaimanapun, reformasi yang diperkenalkannya mengundang rasa tidak puas hati ramai bangsawan Scotland termasuk Robert Stewart, 1st Duke of Albany. Akibatnya, ramai yang bangkit memberontak dan mahu menggulingkan James I.

Untuk menyelamatkan diri, James I menyangka boleh menggunakan longkang istana Perthnya sebagai laluan melepaskan diri. Bagaimanapun, ruang luar longkang telah ditutup ironinya bagi mengelak bola tenis hanyut. Para pemberontak yang melihat kelibatnya di situ segera menikamnya sehingga mangkat. Baginda mangkat pada 21 Februari 1437.

#iSportsAsia

 

Comments