Memiliki tubuh badan yang sihat mahupun antibodi yang kuat belum tentu dapat mengelak dari terkena serangan COVID-19.
Kementerian Kesihatan Jamaica mengesahkan perkara itu pada Isnin lepas bahawa Usain Bolt disahkan positif wabak COVID-19.Ia dipercayai apabila Bolt mengadakan majlis sambutan hari ulang tahun yang ke-34 dan dihadiri oleh ramai tetamu serta tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) termasuk tidak memakai pelitup muka.
Pemegang rekod dunia 100 meter dan 200 meter itu kini menjalani proses kuarantin di rumahnya. Bolt ketika bercakap melalui laman Twitter peribadi beliau mengesahkan juga perkara itu.
“Seperti yang anda nampak di media sosial, saya disahkan positif COVID-19. Saya telah membuat ujian Covid pada Sabtu dan sekarang saya tinggal dirumah untuk jalani proses kuarantin demi keselamatan dan pada masa ini tiada sebarang simptom dibuktikan.”
Antara sebab kenapa peratusan kes bagi negara Jamaica meningkat 6 kali ganda dari biasa adalah kerana negara itu membuka semula sempadan sempena Hari Kemerdekaan negara itu.
Sehingga kini, Jamaica merekodkan 1,612 kes positif COVID-19 dengan 622 kes aktif serta 16 kematian daripada jumlah keseluruhan populasi penduduk negara itu sebanyak 2,963,112 juta.