PUMA Dan Mercedes AMG Petronas F1 Bangunkan Kasut ‘Spikes Carbon Fibre’ 135 gram

413
FASTER+ 135gram

Syarikat jenama sukan yang berpangkalan di Herzogenaurach, Jerman semalam melancarkan produk baru mereka FASTER+ bagi kegunaan atlit elit bagi sukan balapan menjelang sukan Olimpik yang akan diadakan di Tokyo beberapa minggu lagi.

Bekerjasama dengan Mercedes AMG Petronas F1, PUMA menggunakan kejuruteraan automotif dalam F1 bagi mencipta EVOSPEED TOKYO FUTURE FASTER+ dan EVOSPEED TOKYO FUTURE NITRO FASTER+ untuk atlit balapan termasuk Karsten Warholm, dari Norway, pemegang Rekod Dunia, Juara Dunia dan Juara Eropah, dan André De Grasse, atlit Kanada dan pemegang pingat Perak.

Rekaan FASTER+ adalah inovasi bersama bukan sahaja tertumpu pada atlet tetapi juga jurulatih kepada Karsten Warholm sendiri, Leif Olav Alnes. Leif telah menjadi jurulatih elit sejak 1985 dan beliau merupakan pemegang Sarjana dalam Biomekanik yang telah membantu atlit meraih pelbagai pingat dalam kejohanan antarabangsa. Leif telah membimbing Karsten sejak 2015.

Karsten Warholm dan jurulatih Leif Olav Alnes

Pengarah Global Larian/Latihan PUMA menjelaskan rekaan FASTER+ adalah program bagi menghasilkan produk elit untuk atlit elit bagi membantu mereka dalam sukan. Kerjasama inovasi bersama Mercedes AMG Petronas F1 berjaya menghasilkan kasut spikes yang unik yang membolehkan atlit berlari lebih pantas, melompat lebih jauh dan melonjak tinggi.

CEO dan juga pemilik pasukan Mercedes AMG Petronas F1, Toto Wolff berpendapat membangunkan kereta lumba atau mencipta kasut lari mempunyai persamaan apabila melibatkan kejuruteraan. Ia adalah bagaimana kejuruteraan digabungkan bersama dan menyelesaikan kerumitan.

Apa yang menariknya rekaan EVOSPEED TOKYO FUTURE FASTER+ adalah dibangunkan bersama oleh pemegang Rekod Dunia acara lari berpagar 400 meter, Karsten Warholm dan jurulatih beliau. Bahagian atas spikes disisipkan dengan benang serat karbon dan mempunyai plat karbon adaptasi teknologi kejuruteraan Mercedes AMG Petronas F1. Selain itu produk terbaru ini mempunyai pin titanium kekal. Berat kasut ini hanya 135 gram.

Advertisement


“Apa yang penting bagi saya adalah dapat menggunakan bahagian kaki depan untuk berlari. Sebab inilah kenapa plat serat karbon membantu saya mendorong kearah yang betul dan ketika mendarat, plat akan membengkok dan menghasilkan tenaga kaki hadapan. Bila kita memecut, hanya 1 saat diperlukan antara kaki depan dan permukaan. Ia kadar masa yang sangat sedikit dan plat itu perlu respon dengan cepat bagi membantu larian lebih pantas.” kata Karsten.

Namun ada sedikit kelainan bagi pelari pecut kanada 100m dan 200m, Andre De Grasse, EVOSPEED TOKYO FUTURE FASTER+ disertakan dengan buih NITRO sebagai tambahan kepada plat karbon Mercedes AMG Petronas F1 untuk respon. Beratnya hanya 199 gram.

Antara yang turut terlibat dalam program EVOSPEED TOKYO FUTURE FASTER+ PUMA yang diketuai oleh Erin Longin. Mercedes AMG Petronas F1 telah menghantar Graham Miller, Pengarah Sains Gunaan Mercedes F1 dan Neil Carlisle, Pengurus Program Bukan F1 (Operasi). Kedua-dua mereka berada dalam industri F1 lebih 19 tahun dan mempunyai latar belakang yang cemerlang.

Armand “Mondo” Duplantis, Pemegang Rekod Dunia Lompat Galah

Program FASTER+ berjaya menerapkan sisi kejuruteraan dari setiap sudut budaya sukan untuk produk sukan PUMA. Manfaat difokuskan untuk membantu atlet cemerlang dalam sukan balapan dan menjadikan mereka lebih baik, lebih cepat dan lebih kuat.

Antara atlit yang turut menggunakan FASTER+ adalah Ajla Del Ponte, Juara 100m and 60m Sprinter, European Indoor, Armand “Mondo” Duplantis, Pemegang Rekod Dunia Lompat Galah dan Yaroslava Mahuchikh, Juara Dunia dan Juara Eropah Bawah 18 Tahun Lompat Tinggi.

Yaroslava Mahuchikh, Juara Dunia dan Juara Eropah Bawah 18 Tahun Lompat Tinggi

FASTER+ adalah sebahagian kempen PUMA ‘Only See Great’ yang dilancarkan pada musim bunga 2021 atau sekitar penghujung Mac hingga pertengah Jun 2021. Pastinya penampilan mereka akan dnanti-nantikan pada sukan Olimpik Tokyo nanti.

#iSportsAsia #PUMA #FASTER+

Comments