POPIC 2022 Sukan Pelancongan Masa Depan Negeri Pahang

POPIC 2022 bukan sekadar sukan tetapi ia bersifat sukan pelancongan masa depan.

Kerajaan negeri Pahang berbangga dengan penyertaan atlet dari pelbagai negara bagi Pahang Ocean Paddle International Challenge (POPIC) 2022 walaupun tarikh awalnya dijadualkan pada bulan Ogos. Bagi menyatakan semangat kesukanan, penganjur terpaksa mengubah tarikh yang bertembung dengan jadual Sukan Komanwel.

Advertisement

Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin, Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang yang mewakili Menteri Besar Pahang hadir merasmikan kejohanan yang berlangsung selama lima hari bermula dari Kuala Rompin sehingga Teluk Cempedak berbangga sekali pun ia pertama kali diadakan.

Ketika ditanya mengenai penganjuran tahun-tahun yang berikutnya, beliau memberi penekanan terhadap beberapa aspek, pertama penyertaan atlit dari negara luar, kedua maklum balas liputan kerana ia berkonsepkan pelancongan sukan bukan hanya sukan semata-mata. POPIC 2022 adalah sukan amatur yang membolehkan banyak atlet dan bukan professional sertai kerana tidak memerlukan pra-syarat tertentu untuk sertai.

Pahang memiliki kelebihan yang cukup sempurna kerana mempunyai pantai lebih dari 240km bermula dari Kuala Rompin sehingga Cherating. Menarik pelancong dari dalam dan luar negara juga merupakan salah satu faktor kenapa acara sebegini diadakan untuk melihat pantai-pantai lain yang terkenal di Pahang yang mungkin ramai lagi tidak mengetahuinya.

Dari segi ekonomi, kerajaan negeri mensasarkan kemasukkan RM2 juta hingga RM3 juta ke dalam negeri sepanjang penyertaan acara ini yang dipacu oleh bukan sahaja atlet tetapi keluarga atlet, jurulatih, pegawai dan paling penting adalah penonton bagi acara ini. Ini sekali gus dapat menaikkan ekonomi setempat sepanjang pesisir pantai negeri Pahang.

POPIC juga boleh dilabelkan sebagai serampang dua mata yang juga mampu melahirkan atlet kanu yang mampu bersaing diperingkat tertinggi. Kanu adalah sukan yang tidak asing dan cukup berprestij terutama dibeberapa universiti terkemuka diluar negara.

Comments