Semalam Pahang Ocean Paddle International Challenge (POPIC) 2022 telah menutup tirai setelah 5 hari berlangsung. Apa yang menarik tentang penganjuran kali pertama kejohanan seumpama ini adalah pemaparan beberapa pantai yang kurang dikenali oleh rakyat Malaysia dan pelancong negara.
Ini kerana apabila berbicara tentang pantai di Pahang pasti dua nama iaitu Cherating dan Teluk Cempedak sentiasa menjadi buah mulut. Padahal Pahang miliki garis pantai seluas 240 kilometer. Maka POPIC 2022 menjadi serampang dua mata untuk Pahang mempromosikan pantai lain kepada orang luar.

Pada hari pertama, POPIC 2022 telah berlangsung di Pantai Hiburan yang terletak di Rompin. Bagi orang luar dan pelancong asing, mendengar kewujudan pantai di daerah Pekan adalah sesuatu yang agak pelik.
Sejak dahulu, Rompin sangat dikenali sebagai salah-satu daerah di Pahang yang miliki kawasan hutan simpan. Jadi kalau ada orang yang nak berkunjung ke Rompin, pasti kita semua dapat mengagak bahawa di akan pergi ke Taman Negara Endau-Rompin.
Tapi penganjuran kali ini telah memperkenalkan Pantai Hiburan yang terletak di Rompin kepada orang luar. Selepas jangan berasa segan silu untuk hadir ke Rompin untuk menikmati bayu laut dan bermain pasir.

Masuk hari kedua, Pantai Lagenda yang terletak di Pekan menjadi pilihan penganjuran POPIC 2022 untuk hari kedua. Ini adalah lagi satu pantai yang unik kerana tidak ramai orang tahu keberadaannya di Pekan.
Ramai beranggapan Pekan hanya bandar di raja untuk negeri Pahang dan kalau terkenal sebab jadi kawasan seorang ahli politik. Jika ditanya kepada orang luar, apa daya tarikan untuk ke pekan? Hampir kesemuanya akan menjawab tiada.
Penganjuran POPIC 2022 boleh menjadi turning point untuk memperkenalkan Pantai Lagenda kepada orang luar. Selepas ini selain pergi ke kafe kereta api di Pekan, anda boleh manfaatkan masa yang ada untuk berkunjung ke Pantai Lagenda. Pastinya anda tidak akan menyesal.
Hari ketiga pula POPIC 2022 menjadikan Kuantan sebagai tempat untuk melengkapkan lagi 3 stage. Mesti ramai anggap POPIC 2022 akan berlangsung di Cherating dan Teluk Cempedak kan?

Jawapannya separa benar kerana pada hari ketiga POPIC 2022 berlangsung di Pantai Balok terlebih dahulu. Biarpun terletak berdekatan dengan Cherating dan Teluk Cempedak, Pantai Balok kurang dikenali.
Penganjuran POPIC 2022 membuatkan Pantai Balok semakin dikenali dan menjadi pilihan alternatif kepada para pelancong.
Satu lagi jangan terkejut kerana Pantai Hiburan, Pantai Lagenda dan Pantai Balok lebih tenang berbanding dua pantai popular di Pahang.
Kesimpulannya, POPIC 2022 bersifat serampang dua mata. Semoga acara seperti ini dapat diadakan lagi di masa hadapan dan boleh promosikan pantai-pantai lain di Pahang.