Malam tadi telah berlangsung perlawanan PJ City menentang JDT di Stadium MBPJ Selangor. JDT dijangka tidak memiliki sebarang masalah untuk menjinakkan PJ City. Ditambah lagi JDT baru sahaja memenangi Piala FA setelah mengayam-ayam Terengganu FC.
Jadi setakat PJ City ini cuma masalah kecil sahaja bagi JDT. Namun lain pula yang jadi apabila JDT begitu sukar menembusi gawang PJ City biarpun menguasai perlawanan. PJ City yang mengamalkan negative football ternyata berjaya menyekat nafsu JDT untuk menjaringkan banyak gol. Tamat separuh masa pertama, kedudukan adalah dua-dua dapat telur.
Masuk separuh masa kedua, JDT bermula garang dengan menjaringkan gol melalui sepakan penalti (baca jenalti). Haha JDT dan penalti berpisah tiada. Setelah itu, PJ City berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan daripada Darren Lok.
Paling menarik sekali adalah itu merupakan on target pertama daripada PJ City. Maka PJ City main bola dengan betul iaitu menyerang untuk dapatkan gol dan bukan sekadar isi masa lapang.
JDT bangkit melalui jaringan Akhyar Rashid dan seperti sudah mengesahkan pasukan ini akan menang. Tapi pada minit-minit akhir perlawanan, R Kogileswaran dapat menyamakan kedudukan setelah barisan pertahanan JDT pecah akibat terlalu ghairah nak menyerang.
Sekali lagi jaringan kedua PJ City tampak agak menarik kerana kelihatan seperti jaringan kelab elit Asia ketika menewaskan JDT. Dalam perlawanan JDT menentang Kawasaki Frontale dan Urawa Red Diamonds, penyerang pihak lawan sering memilih top corner untuk menewaskan Farizal Marlias.
Mungkin juga R Kogileswaran ada melihat klip perlawanan JDT menentang Kawasaki Frontale dan Urawa Red Diamonds. Dari situ, beliau tahu top corner bakal menjanjikan gol.
Apa-apapun, kita tidak boleh meremehkan kemampuan PJ City kerana JDT cukup sukar untuk berhadapan dengan pasukan ini. Buktinya JDT hanya dapat membantai PJ City dengan jaringan besar sekali sahaja iaitu pada pusingan pertama Liga Super.
Perlawanan-perlawanan lain pula, JDT terus jadi macam orang tak pandai main bola apabila bertemu dengan PJ City. Paling tragis sekali adalah rekod tanpa kalah JDT di tempat sendiri tamat angkara PJ City.
Apa-apapun tahniah kepada PJ City kerana berjaya seri dengan JDT. Ulsan Hyundai pun tak mampu nak seri tapi PJ City mampu. Jadi senang cerita PJ City lebih hebat berbanding Ulsan Hyundai.