Hafiz Shahrin dan Khairul Idham Pawi merupakan dua lagenda yang masih aktif dalam sukan permotoran pada ketika ini.
Mempunyai kelebihan dan bakat yang besar melayakkan mereka berlumba pada saingan tertinggi dalam kelas motor masing-masing.
Selain daripada sistem jentera, cara pengendalian jentera juga memainkan peranan penting.
Ramai tertanya-tanya bagaimanakah pelumba boleh membelok di selekoh tajam pada kelajuan yang tinggi. Teknik membelok ini sebenarnya bertunjangkan beberapa faktor fizik.
Antaranya adalah menggunakan konsep counter-steering . Proses ini adalah proses dimana dua daya berlaku pada satu masa yang sama. Counter-steering dapat dilihat apabila pelumba ingin membelok ke kanan, mereka akan menolak handle motor ke arah kanan namun graviti dan daya girospic secara momentum akan menolak tayar ke sebelah kiri.

Geseran tayar dengan permukaan litar mencipta satu daya tolak yang membuatkan tayar hadapan bergerak dalam sedikit lencongan supaya dapat membelok dengan sempurna.
Semasa membelok, terdapat satu lagi daya yang berlaku yang dinamakan centrifugal force yang bertindak untuk mendirikan motor daripada posisi membelok.
Apabila selesai membelok, pelumba hanya perlu mengenakan sedikit daya pada pengawal motor untuk mendapatkan posisi tegak.
Salah satu teknik yang digunakan oleh pelumba untuk membelok menggunakan hukum counter steering ini adalah dengan teknik fast click.
Teknik ini adalah tentang kawalan daya yang digunakan ketika mahu membelok.
Teknik ini biasa dilakukan apabila pelumba mahu membelok dengan laju, daya yang dikenakan adalah tinggi supaya motorsikal lebih cepat ke posisi membelok.
Seringkali kita melihat situasi dimana pelumba mengalami kemalangan apabila melalui selekoh berbentuk S. Hal ini disebabkan tayar hadapan hilang cengkaman ketika membelok.
Hal ini demikian kerana ketika membelok, motor akan terus membelok pada pusat gravitinya.
Apabila berlaku pertukaran arah yang mendadak inj akan menyebabkan geseran antara tayar hadapan dengan litar telah menurun.
Banyak konsep fizik yang diaplikasikan dalam sukan sukan dalam dunia. Hal itu membuktikan bahawa sains sukan bukan satu perkara yang harus ditinggalkan jika hendak maju ke hadapan.
Oleh: AmTuah
Sumber
EatSleepRIDE. (2015, Disember 23). The force behind how a motorcycles leans. Dipetik daripada https://eatsleepride.com/…/the_force_behind_how_a…