Hari ini LTdL 2022 sudah memasuki perlumbaan peringkat kelima yang melibatkan laluan Kuala Kangsar – Kulim sejauh 172 km. Peringkat kelima agak berbeza dengan semalam kerana ada satu laluan berbukit yang perlu ditempuhi oleh para peserta.
Apa paling menarik sekali dalam edisi kali ini adalah mengenai Zhe Yie Kee. Beliau merupakan pelumba negara yang baru sahaja berumur 19 tahun tetapi sudah 4 kali berturut-turut menjadi pelumba terbaik Malaysia dalam LTdL 2022. Malah Zhe Yie Kee juga dapat mengatasi pelumba-pelumba Malaysia yang lebih senior.
Sebagai rekod, pencapaian terbaik Zhe Yie Kee dalam sukan ini adalah mendapat tempat ketiga dalam National Championship Malaysia U23. Jika Zhe Yie Kee terus konsisten, beliau mampu mencabar perlumbaan LTdL di masa hadapan.
Bagi Hariff Salleh, inilah masanya untuk beliau menebus kekecewaan semalam. Pada perlumbaan sebelumnya, Hariff Salleh dalam kondisi terbaik untuk mencabar perlumbaan tetapi sedikit kemalangan kecil telah menjejaskan rentaknya. Kita harap Hariff Salleh dapat melakukan yang terbaik untuk perlumbaan peringkat kelima.
Sementara ini raja bukit iaitu Aiman Zhariff, beliau miliki peluang untuk mempertahankan jersi merah pada perlumbaan peringkat kelima. Menurut Aiman Zhariff sendiri, beliau akan cuba kutip mata di KM 62.5 di Sumpitan bagi memperbaiki kedudukannya.
Pelumba-pelumba lain pula pasti ingin mempertahankan gelaran yang dipegang pada peringkat sebelum ini. Ivan Ramiro Suso pastinya mahu mempertahankan jersi kuning bagi menjadi juara keselurahan LTdL 2022.
Jambaljamts Sainbayar pula perlu bekerja lebih keras lagi untuk merampas kembali jersi putih selaku pelumba terbaik Asia daripada Andery Zeits.
Apa-apapun selamat maju jaya kepada semua pelumba terutamanya para pelumba negara. Diharapkan Hariff Salleh, Aiman Zhariff dan Zhe Yie Kee dapat melakukan yang terbaik dalam perlumbaan peringkat kelima.