Umum memgetahui terdapat beza antara tayar motor GP yang digunakan ketika perlumbaan Motor GP dengan tayar motor biasa.
Walau bagaimanapun, ramai diantara kita yang sebenarnya kurang mengetahui dengan lebih spesifik perbezaan tersebut.
Dalam Motor GP ini sendiri terdapat banyak komponen penting yang akan memainkan peranan untuk prestasti jentera dan pelumba, antaranya adalah tayar.
Maka tidak hairanlah apabila kebelakangan ini Valentino Rossi kerap mengkritik tayar yang digunakan oleh beliau.
Terdapat tiga perbezaan utama antara tayar Motor GP dan juga tayar yang biasa.
Pertama sekali adalah tekanan udara dalam tayar. Tekanan udara dalam tayar harus mengikut spefikasi yang telah digariskan oleh pengilang.
Hal ini adalah untuk menjamin keselamatan pelumba dan juga pada masa yang sama untuk prestasi terbaik.
Uniknya pada tahun ini, kesemua tayar harus dilengkapi dengan alat pengesan untuk memastikan kesemua pasukan menggunakan tayar dengan tekanan udara yang dibenarkan.
Kadar tekanan yang dibenarkan adalah dua bar pada tayar hadapan dan 1.8 bar pada tayar belakang.
Rendah tekanan udara pada tayar akan menyebabkan sentuhan permukaan tayar dengan litar meningkat, secara tidak lansung akan menyebabkan geseran yang berlebihan dan akan membuatkan suhu tayar naik dengan mendadak.
Suhu tayar juga antara peranan penting yang sentiasa diberi penekanan. Uniknya suhu tayar ini akan dipantau bukan sahaja semasa perlumbaan berlansung tetapi dari sebelum perlumbaan lagi.
Tayar-tayar yang akan digunakan perlu diletakkan dalam kotak pemanas.
Michelin juga memgeluarkan kenyataan bahawa tayar perlu diletakkan di dalam kotak pemanas untuk jangka masa satu hingga dua jam bagi mencapai suhu yang optimum.
Suhu yang disyorkan oleh Michelin untuk tayar hadapan adalah 100 darjah celcius, manakala untuk tayar berlakang adalah 120 darjah celcius.
Daya ketahanan tayar juga berbeza jika mahu dibandingkan. Daya ketahanan tayar Motor GP dicipta dengan tinggi supaya dapat mengurangkan risiko tayar akan meletup atau rosak ketika perlumbaan.
Hal ini demikian kerana, ketika motor memecut dalam garisan yang lurus, daya yang diterima adalah berjumlah 2200 daya newton.
Daya yang berlaku lebih tinggi apabila motor berhenti secara mendadak. Anggaran daya yang berlaku adalah sekitar 2500 newton.
Jika kita kupas setiap satu perincian dengan lebih mendalam, kita pasti akan lebih kagum tentang dunia permotoran.
Hal ini kerana perlumbaan bukan sekadar pelumba bersaing dengan sesama sendiri malahan aspek teknikal juga turut diambil kira.
Boleh baca mengenai sukan permotoran di sini