Malam tadi kita telah melihat pasukan kendalian Pep Guardiola iaitu Manchester City berjaya merangkul trofi Liga Perdana Inggeris lantas menghumban Liverpool ke nombor dua (baca lembah kehinaan).
Walau bagaimanapun tahukah anda ketika awal karier kejurulatihan Pep Guardiola, beliau tidak diletakkan harapan tinggi untuk gemilang seperti sekarang. Ini kerana Pep Guardiola telah diberikan arahan untuk membantu pasukan Barcelona B yang terperosok di divisyen empat Sepanyol untuk kembali bersaing.
Sebaik sahaja Pep Guardiola menjadi ketua jurulatih, beliau mendapati Barcelona memang tidak mampu bersaing dengan pasukan divisyen empat yang dibarisi pemain-pemain veteran. Manakala Barcelona B pula hanya diwakili oleh dak-dak Sekolah Menengah Kebangsaan La Masia.
Tapi ada satu kunci yang Pep Guardiola pegang iaitu pemain muda ini cepat untuk belajar dan bertindak. Apa yang Pep Guardiola buat adalah panggil rakan yang lain seperti Domènec Torrent dan Carles Planchart untuk sama-sama membantu bangunkan Barcelona B.
Namun perlawanan pertama kendalian Pep Guardiola hanya berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan. Nampak macam hampir gagal tetapi Pep Guardiola sendiri yakin bahawa pasukan Barcelona sedang dalam landasan yang betul.
Hal ini juga diakui oleh beberapa orang pemain dengan menyatakan bahawa Pep Guardiola sedang membentuk DNA berasaskan possession football. Tapi para pemain masih lagi tidak biasa dengan possession football sehingga memaksa Pep Guardiola sendiri menujukan cara main boleh dengan betul.
Antara yang menjadi perhatian Pep Guardiola adalah fungi pertahanan dan tengah bertahanan dalam possession football. Sebelum ini pemain pertahanan hanya akan melakukan bentesan dan sepak bola ke langit bagi elak bolos.
Pep Guardiola pula tidak mahu permainan kuno seperti itu dipratikkan lagi. Jadi Pep Guardiola telah meminta pemain pertahanan bermain secara one-touch football dan membantu bahagian striker ketika dalam transisi menyerang.
Pengakhirannya strategi dan taktikal baru daripada Pep Guardiola berjaya membawa Barcelona B kembali ke divisyen ketiga Sepanyol. Melihat kepada keajaiban itu, Joan Laporte dengan serius terus mahu melantik Pep Guardiola sebagai jurulatih pasukan utama Barcelona andai Frank Rijkaard tidak mahu menyambung kontrak.
Pep Guardiola yang mendapat tahu perkhabaran itu hanya menyatakan bahawa dia tidak punya apa-apa pencapaian untuk melatih Barcelona. Tapi Joan Laporte optimis dengan pilihannya lantas memberikan kuasa penuh kepada Pep Guardiola untuk membina Barcelona. Pep Guardiola pula berjanji akan memberikan kesemua piala untuk Barcelona.
Hasilnya Pep Guardiola berjaya mememangi 3 La Liga, 2 Copa del Rey, 3 Supercopa de España, 2 UEFA Champions League, 2 UEFA Super Cup dan 2 FIFA Club World Cup bersama Barcelona. Malah Pep Guardiola telah mencipta corak permainan tiki-taka yang sangat sukar untuk diatasi sehinggalah kemunculan gegenpressing.
Selepas itu semuanya sudah menjadi sejarah kerana Pep Guardiola melakukan perkara yang sama ketika melatih Bayern Munchen dan Manchester City.
Senang cerita, Pep Guardiola ini boleh digelarkan sebagai jurulatih ajaib kerana mampu memberikan piala kepada mana-mana pasukan yang beliau uruskan.
Apa-apapun tahniah kepada Pep Guardiola dan Manchester City kerana berjaya membuat penyokong Liverpool bergembira hanya untuk seketika.