Penyerang Liverpool Gagal Bantu Uruguay Menewaskan Korea

Malam semalam telah berlangsung satu lagi perlawanan Piala Dunia 2022 bagi kumpulan H yang menemukan Uruguay dan Korea Selatan.

Jika dilihat atas kertas, Uruguay memiliki kelebihan berdasarkan rekod head to head. Uruguay telah mencatakan 6 kemenangan, 1 keputusan seri dan 1 kekalahan terhadap Korea.

Advertisement

Tapi pertemuan terakhir antara kedua-dua pasukan menyaksikan Korea berjaya membenam Uruguay dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan persahabatan.

Ditambah lagi dua pasukan benua Asia iaitu Arab Saudi dan Jepun telah buat kejutan, jadi tak mustahil untuk Korea melakukan hal yang sama.

Bermula sahaja perlawanan, Korea hampir sahaja di depan apabila Hwang Ui-jo berpeluang membuka akaun jaringan setelah tidak dikawal dalam kawasan penalti. Sayangnya rembatan dia melepasi palang gol lantas membuatkan Korea kempunan.

Tak boleh jadi ni, Italy pun respon dengan sangat pantas. Mereka juga hampir-hampir menjaringkan gol pertama tetapi tandukan Diego Godin hanya singgah di tiang gol sahaja. Keputusan 0-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki separuh masa kedua, Uruguay cuba mengubah sedikit taktikal mereka. Luis Suarez telah digantikan dengan Edison Cavani bagi menambah sengat di barisan hadapan. Tapi masih lagi tumpul.

Peluang terbaik Uruguay untuk menamatkan perlawanan dengan kemenangan hadir melalui rembatan jarak jauh Federico Valverde. Malangnya palang menjadi penghalang.

Tamat perlawanan, Uruguay hanya mampu seri sahaja menentang Korea.

Timbul persoalan apa yang Darwin Nunez buat sebenarnya dalam padang? Impaknya kepada Uruguay seakan-akan. Dia juga memperolehi peluang untuk menghantar kepada kawan yang lebih berpeluang. Tapi dia pergi gentel sampai hujung garisan.

Mungkin aksi yang kurang konsisten di peringkat kelab menganggu konsentrasi Darwin Nunez di Piala Dunia. Nasib baiklah tak kalah.

Comments